Pempengaruh media sosial, Maryam You Narae menegaskan tidak akan membuka tudung walaupun hanya untuk menjalani sesi fotografi.

Disebabkan itu juga, Maryam meluahkan rasa kecewa terhadap satu jenama terkenal yang dianggap tidak menghormati dirinya yang kini sudah berhijrah.


Menurut Maryam, dia masih lagi tidak percaya kerana jenama itu sanggup mengetepikan rasa hormat dan membuatkan dirinya berasa kurang selesa berdepan dengan situasi berkenaan.

"Maryam reject buka tudung untuk photoshoot sebab diorang cakap kalau orang tanya cakap saja photoshoot tu buat sebelum saya pakai tudung.

“Allahuakhbar saya tak sanggup lah buat macam tu so saya reject terus. Saya rasa macam tak percaya brand ni minta saya buat macam tu walaupun highly known brand di Malaysia tapi the mindset is like…

“Where is your respect? Do you think money can buy everything?” dedahnya dalam satu kenyataan.

A post shared by Uyou Nick (@maryamyunrrr)


Malah kata Maryam lagi, tiada sebab untuk dia membuka tudung walaupun ditawarkan dengan jumlah bayaran yang besar.

“You suruh saya buka tudung sebab brand you besar? You nak bagi 100k ke 1 juta ke there is no reason saya kena buka tudung.

“Sekarang 2023 pun still happen ye situation macam ni? Sampai sekarang saya tak percaya this happened to me. Tapi Alhamdulillah Allah kuatkan hati saya.

“Ada juga orang minta saya pakai tudung sebab duit, tapi saya rasa tak selesa kalau buat macam tu sebab duit.

“Kalau tak dapat pun tak ada rasa rugi walaupun sebesar kuman. Maryam doakan semoga tiada mualaf get this kind of situation,” jelasnya.

BACA: “Tak Rasa Panas Bila Saya Ikhlas Pakai Tudung” - Cantiknya Maryam Berhijab, Ramai Doa Semoga Istiqomah

Terdahulu, Maryam baru sahaja berhijrah memakai hijab pada awal Februari lalu.

Maryam dan suaminya, Rizal Ibrahim atau lebih dikenali sebagai pasangan Duriankimchi telah mendirikan rumah tangga pada 2019 di Korea Selatan sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia pada 2020.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang cahata mata perempuan yang diberi nama Rina.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.