Artis Korea
“Tak Rasa Panas Bila Saya Ikhlas Pakai Tudung” - Cantiknya Maryam Berhijab, Ramai Doa Semoga Istiqomah
Pempengaruh media sosial, Maryam You Narae menarik perhatian wargamaya apabila tampil mengenakan hijab dalam beberapa foto yang dikongsi di akaun Instagramnya.
Menerusi perkongsian itu, difahamkan Maryam sekeluarga sedang menikmati percutian di kampung suaminya di Pantai Timur.
Foto tersebut merakamkan wajah Maryam yang kelihatan begitu cantik dan ayu apabila bertudung.
Menurut Maryam, pada mulanya dia berasa bimbang sekiranya tidak tahan panas apabila berhijab, namun semuanya dipermudahkan Allah.
“Saya buat face call dengan ibu saya, ibu saya tanya tak panas ke pakai tudung?
“Sebenarnya saya pun selalu risau bila pakai tudung rasa lagi panas, tapi sampai sekarang saya tak rasa panas sangat bila saya ikhlas pakai tudung bukan terpaksa.
“Alhamdulillah, Allah makes everything easy ,” tulisnya.
Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata wargamanya memberikan kata-kata positif dan semangat buat Maryam.
Malah mereka juga mendoakan semoga Maryam istiqomah mengenakan hijab selepas ini.
Antara komen yang diterima:
“Alhamdulillah, cantik sangat Maryam pakai tudung. Semoga istiqomah,”
“Maryam comelnya pakai tudung, semoga istiqomah,”
“Alhamdulillah Maryam… Cantik sangat-sangat, slow slow ya Maryam,”
“Alhamdulillah… Betul, bila anda ikhlas, berhijab itu tidak akan menjadi gangguan walaupun berada di bawah terik matahari,”
Sehingga kini, foto terbaharu Maryam itu menerima lebih 60,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Untuk rekod, Maryam dan suaminya, Ryzal Ibrahim atau lebih dikenali sebagai pasangan Duriankimchi telah mendirikan rumah tangga pada 2019 di Korea Selatan sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia pada 2020.
Selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga, Ryzal dan Maryam dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama, Rina.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video