Sebulan yang lepas, Andi Bernadee telah melancarkan single kelimanya yang berjudul Shimmy.

Video muzik rasmi Shimmy telah berjaya meraih 4.7 juta tontonan di YouTube Warner Music Malaysia.

Kini, Andi melancarkan sebuah video prank yang dijalankan di sebuah restoran berdekatan Shah Alam, Selangor.

Video prank ini menampilkan Andi sendiri namun orang awam tidak mengenali Andi kerana Andi menampilkan diri sebagai penyamar.

Dengan hasil solekan yang hebat, orang awam sama sekali tidak mengecam kemunculan Andi yang menyamar sebagai pelayan di restoran itu.



Lebih lucu lagi apabila terdapat adegan-adegan yang mencemaskan sehingga hampir terjadi pergaduhan di antara Andi dengan beberapa para pengunjung restoran!


Video 'Andi Bernadee Cari Pasal Dengan Shimmy Di Tempat Awam' ini telah dilancarkan pada 10 April 2020 yang lepas dan berjaya meraih lebih 100,000 tontonan.

Video ini juga telah berjaya memasuki list trending di YouTube pada kedudukan yang ke-38.

Single Shimmy terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 14 Februari lalu!