Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Andy Teh Nafi Bergaduh Sebab Isu Perkauman - "Jangan Sebar Spekulasi Bukan-Bukan!"

Amri Hassan
21/03/2021 05:55 MYT
Pelakon drama bersiri The Maid, Andy Teh menafikan dakwaan bahawa pergaduhan yang berlaku hujung minggu lalu berpunca dari isu perkauman.

BACA: Pelakon The Maid, Andy Teh Cedera Dibelasah 15 Individu Tepi Jalan - "Adik Patah Tulang Hidung & Rusuk"

Jelasnya, ada segelintir pihak yang menyalah anggap mengenai pergaduhan terbabit dan menyeru orang ramai agar tidak membuat spekulasi liar.

"Saya menerima banyak DM ada yang cakap isu pergaduhan antara bangsa Cina dan India. Jangan buat spekulasi bukan-bukan. Ini hal melibatkan dua pihak, bukan isu perkauman antara geng.

"Jangan sebarkan spekulasi bukan-bukan," ujarnya.

Andy turut menjawab pertanyaan ramai apabila dia yang mempunyai seni mempertahankan diri tidak bangkit melawan semula individu yang membelasah adiknya ketika itu.

"Ada cakap saya pandai berlawan kenapa tak pukul orang tu semua? Saya tergelak.

"Kita kena guna kepintaran, dalam keadaan panik dan tegang, kalau saya buat pukulan atau tendangan, saya takkan ada di sini lagi.

"Ketika itu ada 10-15 orang serang dalam masa sama, ada 20 hingga 30 orang yang kepung kami. Kalau saya buat pun, hanya seorang saja yang kena," jelasnya.

A post shared by Andy Teh 郑金发 (@andytehkh)


Justeru, nasihat Andy agar menggunakan kepintaran akal terutama ketika berdepan situasi tegang berbanding berlawan fizikal.

"Ini amaran penting, kalau sesiapa belajar seni mempertahankan diri, bukan bermakna kena berdiam diri dibelasah tetapi gunakan minda fikir cepat buat apa.

"Saya cuma nak melindungi adik saya. Kalau juara dunia pun, itu bukan pilihan terbaik," tambahnya.

Andy sebelum ini mendedahkan dirinya mengalami kecederaan ketika cuba mempertahankan adiknya yang terlebih dahulu dibelasah sekumpulan individu akibat berlaku kemalangan kecil di tepi jalan.

Andy yang juga pelakon filem Sangkar dan Wira berkata, dia sudah membuat laporan polis dan setakat ini lima suspek sudah ditahan.

#pelakon #Viral #Cedera #Adik #Bergaduh #Perkauman #The Maid #Belasah #Andy Teh