#ashdandelila, demikian tanda pagar yang tular di media sosial dan beberapa hantaran di Instagram mempromosikan drama terbaharu Ash & Aisha.

Yang peliknya, watak lakonan Meerqeen bernama Ash lebih mendapat perhatian bersama 'orang ketiga' drama terbabit, Delila lakonan Anna Jobling!

Mungkin kerana penangan drama terdahulu Meerqeen dan Anna masih berhantu dan peminat kedua-duanya lebih merestui 'ikatan' mereka berbanding heroinnya, Siti Khadijah Halim.


Ash & Delila Trending

Malah, ada juga yang menularkan tanda pagar #MeerNa (Meerqeen & Anna) di beberapa hantaran Instagram Bambam Studios! Lucu!

"Baru kali ini orang ketika dapat support penuh dari ibu-ibu sejagat! Team Ash-Delila," tulis salah satu pengguna di Instagram.

"Mari kita restui orang ketika di sini.

"Yes, our favourite couple. Ash & Delila.

"Bererti bukan Ash dan Aish tapi Ash dan Delila," tambah beberapa pengguna lain pula menyokong.

A post shared by Bambam Studios (@bambam_studios)



Sinopsis Ash Dan Aish

Mengisahkan tentang seorang gadis kampung bernama Aisha, yang berhati kental. Semua ahli keluarga dia meninggal dunia dalam satu kemalangan dan dia hampir dicabul oleh suami mak saudaranya sendiri yang tamak dengan harta keluarga Aisha.

Dia melarikan diri ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru.

Ashrafi, pemuda misteri yang selalu membeli lollipop dan makanan kucing di kedai serbaneka tempat Aisha bekerja.

Disebabkan kesempitan hidup di kota raya, Ash mempelawa Aisha bekerja di café milik Ash sendiri. Aisha menerima tawaran Ashrafi untuk bekerja kat sana.

Uniknya Sanctuary cafe, pekerja- pekerja di sana sebenarnya mempunyai kisah hitam masing-masing dan mereka diberi peluang oleh Ashrafi untuk membina hidup baru.

Dalam nada bergurau, Aisha menawarkan diri untuk menjadi isteri Ashrafi supaya dia tidak perlu sentiasa membantunya mencari tempat tinggal. Cadangan Itu rupanya diambil serius oleh Ashrafi.

Mereka akhirnya disatukan menjadi suami isteri. Malangnya Ashrafi kemalangan dan koma. Sewaktu di hospital, Aisha terkejut melihat Ashrafi bangun dan bercakap seperti biasa.

Namun apa yang Aisha lihat ternyata hanya roh Ashrafi sahaja. Disebabkan itu Ashrafi meminta Aisha untuk menolongnya sedar dari koma.

Ash Dan Aish adaptasi novel 'Ash & Aish' karya Maya Adira turut dibintangi Nadhir Nasar, Norreen, Anna Jobling, Idzham Ismail, Nada Nur Syuhada dan Adiba Yunus.

Ash Dan Aish terbitan Suhan Movies & Trading itu akan ditayangkan di slot Megadrama setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria.