Juara Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2), Fitri Haris kini sudah mampu menarik nafas lega selepas tamat pengajian dalam Ijazah Kedoktoran di University of Nottingham, United Kingdom baru-baru ini.

Bersyukur atas nikmat tersebut, bekas anggota kumpulan nasyid UNIC itu turut berterima kasih kepada pihak yang membantunya selama ini.

"setelah bertahun lamanya dalam perjuangan dan perjalanan yang penuh berliku, saya telah berjaya di dalam sesi VIVA VOCE (Pass with Minor Amendments) untuk pembelajaran saya di peringkat Ijazah Kedoktoran (PHD) di University of Nottingham, United Kingdom.

"Tahun ini cukup bermakna buat saya di kala mendapat PhD, kejayaan ini di serikan pula dengan Aidilfitri dan sambutan hari lahir saya pada tarikh yang sama 5 Jun. Alhamdulillah," tulisnya bersama sekeping foto di hadapan institut pengajiannya di UK.

ALHAMDULILLAH, SYUKUR PADAMU YA ALLAH ? setelah bertahun lamanya dalam perjuangan dan perjalanan yang penuh berliku, saya telah BERJAYA di dalam sesi VIVA VOCE (Pass with Minor Amendments) untuk pembelajaran saya di peringkat IJAZAH KEDOKTORAN (PHD) di UNIVERSITY OF NOTTINGHAM, UNITED KINGDOM. Tahun ini cukup bermakna buat saya di kala MENDAPAT PHD KEJAYAAN ini di serikan pula dengan AIDIL FITRI DAN SAMBUTAN HARI LAHIR PADA TARIKH YANG SAMA 5 JUN. Alhamdulillah Terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua-dua supervisor, DR. LONAN DAN PROF. ANDREW yang banyak membantu dan mendidik dengan penuh kesabaran selama ini. Tidak saya lupakan kepada semua yang membantu (terlalu ramai yang membantu menjayakan proses ini samada kalian di UK atau di Malaysia atau di smana jua, hanya tuhan dapat membalas segala kebaikan anda semua). Tidak di lupakan juga penghargaan kepada MUNSYID MALAYSIA, Media, Rakan rakan artis, penganjur program dan ramai lagi. Kepada arwah nenek saya, Uwan angah dah dapat PhD ...Alhamdulillah :’) kepada Mak (USTAZAH ZAINI) yang tak berhenti berdoa dan tak pernah berhenti berharap kepada angah selama ini, DOA mak membantu angah, kepada ayah (USTAZ HARIS) yang angah kasihi, semangat dan kata-kata ayah juga DOA ayah Allah jua dapat membalas segalanya. Kepada adik adik dan semua ahli keluarga juga sahabat2 di mana jua, moga kalian di balas 1001 kebaikan dunia akhirat, jua kepada manager saya EL dan @fitrisfamilyofficial team niyat hijab, team niyat publishing, team niyat apparel, terima kasih atas doa dan sokongan kalian semua Terima kasih juga kepada UUM SCIMPA yang membiayai perbelanjaan sepanjang pembelajaran saya di United Kingdom selama ini. Akhir kalam, Terima kasih kepada yang mempercayai insan yang serba kekurangan ini. “INI ADALAH UJIAN NIKMAT SETELAH MEMENANGI GEMA GEGAR VAGANZA 2018 TAHUN LALU” Perancangan Allah cukup hebat.. Alhamdulillah, Moga tanggungjawab ini dapat di pikul dengan baik inshaa Allah. #phd #paswithminorcorrection #3months #alhamdulillah #fitriharis #fitrifamily #UUM #scimpa #musicology #nottinghamuniversity #uk

A post shared by Fitri Haris (@fitriharisofficial) on


Kejayaan itu juga disifatkan sebagai sebahagian daripada rezeki selepas memenangi GGV2 tahun lalu.

"Terima kasih kepada yang mempercayai insan yang serba kekurangan ini. Ini adalah ujian nikmat setelah memenangi GGV 2018 tahun lalu.

"Perancangan Allah cukup hebat.. Alhamdulillah, moga tanggungjawab ini dapat di pikul dengan baik insya-Allah," tambahnya.

Fitri menyambung pengajian ke peringkat PhD dalam bidang Musicology sejak empat tahun lalu.