Aktres jelita Hollywood, Angelina Jolie akan mendermakan wang sebanyak 1 juta USD (melebihi RM4 juta) kepada organisasi No Kid Hungry.

Memetik laporan E News, sumbangan itu merupakan satu usaha dalam membantu golongan yang memerlukan bantuan ketika berhadapan pandemik COVID-19.

Menurut Angelina, lebih 1 bilion kanak-kanak tidak pergi ke sekolah kerana di tutup untuk mencegah penularan virus tersebut.

"Setakat minggu ini, lebih 1 bilion kanak-kanak tidak ke sekolah kerana ditutup, ramai kanak-kanak bergantung penjagaan pemakanan di sekolah.

"22 juta kanak-kanak di Amerika didapati bergantung kepada sokongan bekalan makanan yang diberikan kepada mereka.

"Organisasi ini akan mencuba sedaya upaya untuk membantu kanak-kanak yang terkesan dengan krisis COVID-19 seramai mungkin," kata Angelina.

Untuk perkembangan COVID-19 di negara kita, jumlah kes secara keseluruhan telah mencecah 2161 termasuk pertambahan 130 kes hari ini setakat 5.00 petang, 27 Mac 2020.



259 dari jumlah itu telahpun sembuh sepenuhnya dan dibenarkan keluar dari hospital manakala jumlah kematian pula adalah sebanyak 26 kes.

Sebagai rakyat Malaysia, mari kita sama-sama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dari pihak kerajaan untuk menghentikan penularan wabak COVID-19 dengan segera.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan menggunakan sabun selama sekurang-kurangnya 20 saat, pakai topeng muka ketika perlu, gunakan 'sanitizer', amalkan penjarakkan sosial serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!


Sumber : E News, Instagram KKM