BERITA
Angelina Jolie Gugurkan Nama Bekas Suami, Brad Pitt Kecewa
Aktres jelita Hollywood, Angelina Jolie telah membuang nama bekas suaminya yang selama ini digunakan di penghujung nama rasminya iaitu Angelina Jolie Pitt.
Menurut sumber, Angelina akhirnya membuat keputusan untuk melakukan perkara itu walaupun proses penceraian mereka belum diselesaikan sepenuhnya.
Ekoran perkara itu, Brad berasa kecewa dengan kegagalan rumah tangga mereka berdua dan berasa takut untuk bercinta lagi.
"Penceraian itu membuatkan Brad kecewa kerana rumah tangga yang dibina bersama Angelina telah menemui titik noktah.
"Selain itu, dia juga berasa takut untuk bercinta dengan wanita lain kerana bimbang mengalami perkara yang sama.
"Namun begitu, Brad percaya, keputusan yang dibuat oleh dia dan Angelina adalah yang terbaik, anak-anak mereka juga turut memahami keadaan mereka," kata sumber.
Brad dan Angelina telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 selepas 10 tahun bercinta dan bercerai pada September 2016.
Sumber : hollywoodlife.com
Must-Watch Video