Skip to main content

Hiburan

Shila Amzah Terharu Terima Pujian Daripada Sheila Majid - “Anda Tak Tahu Betapa Bermaknanya…”

Shila Amzah

Sekilas

  • Datuk Seri Sheila Majid mengucapkan terima kasih dan memuji Shila Amzah atas persembahan lagu Legenda secara unik di Anugerah Seri Angkasa 2026.
  • Shila Amzah meluahkan rasa terharu dan teruja menerima pujian daripada Sheila yang dianggap sebagai legenda dan inspirasi besar.
  • Shila menyifatkan pujian tersebut sangat bermakna dan akan menghargai kenangan itu selamanya.
Advertisement

Penyanyi Datuk Seri Sheila Majid mengucapkan terima kasih kepada penyanyi Shila Amzah kerana memilih untuk membawa lagu Legenda dengan cara tersendiri. 

 

Advertisement

Menerusi hantaran di Threads, Sheila juga memuji persembahan Shila di Anugerah Seri Angkasa 2026 yang berlangsung pada 24 Oktober lalu.  

 

“Masya-Allah… Alhamdulillah. Terima kasih @shahilaamzah kerana memilih untuk membawakan lagu Legenda dengan cara anda yang tersendiri dan istimewa. 

 

“Persembahan yang sungguh hebat! Syabas!” tulis Sheila. 

Advertisement

 

Shila meluahkan rasa teruja dan terharu apabila menerima pujian daripada seorang legenda seperti Sheila Majid. 

 

“Terima kasih banyak-banyak! 😭❤️ Anda tidak tahu betapa bermaknanya perkara ini bagi saya, lebih-lebih lagi apabila ia datang daripada seorang legenda seperti anda. 🥹 

 

“Anda sentiasa menjadi inspirasi yang sangat besar buat saya dan ramai orang lain,” kongsi Shila. 

 

Pada perkongsian yang sama, penyanyi lagu Patah Seribu itu juga menganggap pujian yang diberikan oleh seseorang yang sangat dikaguminya sangat bermakna buat dirinya. 

 

“Mendengar kata-kata ini daripada seseorang yang sangat saya kagumi benar-benar bermakna segala-galanya bagi saya. 

 

“Saya akan menghargai kenangan ini selamanya,” katanya lagi. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement