,
Hiburan

Angelina Jolie Sah Jadi Sersi Dalam Filem Marvel, 'The Eternals'

Azwa Rahman
08/04/2019
09:53 MYT
Pelakon dan pengarah, Angelina Jolie sah akan berlakon dalam filem Marvel bertajuk 'The Eternals'.
Sambil ramai peminat teruja menantikan filem 'Avengers: Endgame' yang akan keluar hujung April ini, berita pengesahan Angelina Jolie menyertai keluarga Marvel Cinematic Universe (MCU) ini memberikan khabar gembira.
Jolie, 44, bakal membawakan watak Sersi dalam filem ini. Sersi merupakan seorang wanita berkuasa yang telah hidup berabad lamanya dalam kalangan manusia.
Sersi dilahirkan di Olympia, Greece ketika zaman kejatuhan Atlantis dan Lemuria. Dia berbeza dengan rakan-rakan Eternals yang lain kerana Sersi selesa berada di sekeliling manusia.
Dia akhirnya berhijrah meninggalkan bandar tersembunyi 'The Eternals' dan hidup di dalam peradaban manusia.
Selain Angelina Jolie, barisan pelakon dan karakter lain masih belum didedahkan kepada umum.
Filem ini akan berkisarkan tentang sekumpulan bangsa makhluk mistik yang dicipta oleh Celestial.
Diarahkan oleh Chloe Zhao yang terkenal dengan beberapa projek indie seperti ‘Songs My Borther Taught Me’, filem ini akan memulakan pra-produksi pada bulan September tahun ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Smile 2

gempak
09/10/2024
10:00 MYT
Jom sertai Gempak Movie Night Out Giveaway sekarang!
Hiburan

“Mereka Nampak Kebangangan Saya…” - Pablo Amirul Kongsi Cerita Pernah Jadi Anak Murid Kepada Farid Kamil & Bront Palarae

gempak
07/10/2024
08:55 MYT
Pelakon aksi, Pablo Amirul mendedahkan dia pernah menjadi anak murid kepada aktor Farid Kamil dan Bront Palarae kerana dirinya tidak mempunyai asas lakonan pada awal penglibatannya dalam dunia seni.
Hiburan

Syafiq Yusof Bereksperimentasi Dengan Telekinesis - "Genre Ini Fresh, Tak Salah Saya Nak Warnai Industri"

gempak
05/10/2024
03:55 MYT
Selepas kejayaan filem Sheriff, pengarah Syafiq Yusof muncul dengan karya sains fiksyen terbaharu bertajuk Telekinesis mengambil inspirasi daripada naskhah antarabangsa terkenal Twilight.
Hiburan

Filem Abang Adik Wakili Malaysia Ke Oscar

gempak
04/10/2024
00:06 MYT
Filem Abang Adik dipilih mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa, Anugerah Akademi Ke-97 pada Mac tahun depan.
Hiburan

Anna Jobling Cemerlang Di Pasaran Filem Indonesia, Bukan Sebab Kroni Atau Individu Berpengaruh - "Saya Cari Sendiri"

gempak
02/10/2024
08:43 MYT
Pelakon popular Anna Jobling mendedahkan kejayaan menakluki pasaran perfileman Indonesia menerusi dua filem terbarunya, Lembayung dan Laut Tengah tidak datang dengan mudah dan dicapai tanpa sebarang bantuan daripada kroni atau individu berpengaruh.
BorakSeeni