Hiburan
Anak Dakwa R Kelly Lakukan Penderaan Seksual Sewaktu Usia 8 Tahun - “Dia Sentuh Seluruh Badan…”
Anak perempuan R.Kelly, Buku Abi mendakwa telah dicabul dan menerima penderaan seksual daripada bapanya itu sewaktu dia masih kecil.
Pendedahan tersebut dibuat sewaktu wanita berusia 26 tahun itu muncul dalam dokumentari dua episod di TVEI Streaming Network, Karma: A Daughter’s Journey.
Abi mendakwa penyanyi I Believe I Can Fly itu telah mencabul dan melakukan penderaan seksual terhadap terhadapnya sewaktu dia berusia sekitar lapan dan sembilan tahun.
Dia kemudian memberanikan diri memberitahu ibunya tentang perbuatan keji bapanya pada usia 10 tahun. Dia dan adik-beradiknya menjauhi bapa selepas ibu mereka membuat laporan polis terhadap perbuatan R Kelly.
“Saya sangat mempercayai dia (bapa). Dia segalanya untuk saya dan tidak percaya dia akan melakukan perkara seperti ini kepada saya.
“Saya terlalu takut untuk memberitahu perlakuan buruknya terhadap saya begitu juga memaklumkannya kepada ibu,” dedah Abi seperti dilaporkan DailyMail.uk.
Dia kemudian menyambung: “Saya ingat dia datang kepada saya pada satu malam dan mula menyentuh tubuh saya.
“Saya tidak tahu perlu buat apa jadi saya hanya baring dan mendiamkan diri.”
Abi bagaimanapun tidak mendedahkan butiran tentang perbuatan keji yang telah dilakukan R Kelly terhadapnya.
Untuk rekod, R Kelly atau Robert Kelly kini menjalani hukuman 31 tahun penjara di Utara Carolina selepas didapati bersalah dengan pelbagai perbuatan dan serangan seksual daripada terhadap kanak-kanak.
Ironi R Kelly juga pernah berdepan kontroversi sewaktu berkahwin secara sembunyi dengan mendiang penyanyi Aaliyah dengan memalsukan usia sebenar gadis itu.
Aaliyah hanya berusia 16 tahun atau masih dibawah umur sewaktu berkahwin dengan R Kelly yang mencatatkan usia penyanyi itu sebagai 18 tahun.
Must-Watch Video