Laman Utama

Angeline Tan Berhijab, Sabri Yunus; "Biarlah Dia Terbuka Hati ..."

gempak
Amri Hassan
15/10/2023
11:39 MYT
Sponsor Banner
Angeline Tan Berhijab, Sabri Yunus; "Biarlah Dia Terbuka Hati ..."
Pelakon dan pengarah Sabri Yunus menjelaskan isterinya, Angeline Tan baru berhijab untuk menjayakan watak atau menghadiri majlis tertentu sahaja.
Jelasnya kepada Berita Harian, dia enggan memaksa Angeline atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan untuk berhijab.
"Setakat ini, Angeline belum berhijab sepenuhnya. Saya tak hendak memaksa. Dalam hal ini, biarlah dia terbuka hati dengan sendirinya," katanya.
Sabri dan Angeline mencuri perhatian apabila memaklumkan mereka telah bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan di Kota Bharu, Kelantan pada Sabtu.
Kongsi Sabri lagi, Angeline telah memeluk Islam secara rasminya pada 26 September lalu.
Sabri dan Angeline mula meraih populariti menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Dalam sitkom itu, mereka menggalas watak sebagai Wan Ismail Golok dan Lucy.
Sabri sebelum ini kehilangan isteri Norraya Mohd Yusuf pada 2007 akibat kanser. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.
Sementara Angeline pula memiliki dua anak daripada perkahwinan terdahulu.
Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024