Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Angeline Tan Tiada Perancangan Ada Anak Sendiri, Cukup Timang Cucu - "Kami Pun Umur Dah Berapa... Nak Hidup Tenang"

Umirah Halim
19/04/2024 01:00 MYT
Pelakon, Angeline Tan menafikan khabar angin yang mengatakan dia sudah hamil setelah enam bulan bergelar isteri kepada pengarah, Sabri Yunus.

Angeline atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan, 57, ketika dihubungi berkata dia tidak mengetahui bagaimana pihak yang menyebarkan berita palsu ini mendapat idea untuk menimbulkan spekulasi sebegini dan mengapa telah memilih dia dan Sabri sebagai sasaran.

"Itu fake news, saya taktahu siapa yang reka cerita ini.

"Saya rasa kelakar lah, saya pun taktahu macam mana dia boleh ada idea untuk buat cerita palsu ini dan kenapa orang ini pilih saya dan Sabri untuk buat fake news, kenapa mereka tidak pilih artis lain yang lebih muda.

"Bulan puasa pun baru sahaja habis dan kita baru sahaja insaf di bulan puasa. Kita jaga mulut, hati, kelakuan dan segalanya tapi selepas puasa lupa pulak matlamat kita ketika di bulan Ramadan lalu.

"Sia-sia sahaja satu bulan berpuasa sebab kita berpuasa untuk tebus dosa, muhasabah diri, bersihkan hati tapi habis je puasa dan hari raya pun belum habis sudah buat fitnah sebegini.

"Dan orang pula boleh percaya dengan fake news seperti itu," ujarnya kepada Gempak.

Tak syak sesiapa

Bagaimanapun, Angeline tidak mengesyaki mana-mana pihak dan hanya menganggap individu tersebut sekadar ingin meraih perhatian orang ramai.

"Saya tak syak sesiapa dan malas nak fikir siapa, bagi saya tidak mengapa kalau dia bahagia buat perkara sebegini saya bagi dia peluang.

"Tapi ini adalah satu contoh yang sangat baik kepada diluar sana sebab kita sebenarnya tak boleh cepat percaya pada apa yang dipaparkan di media sosial, sebab ada orang boleh buat berita palsu tentang kita tanpa apa-apa sebab.

"Ada kawan saya cakap mungkin dia buat fake news supaya dia punya platform TikTok banyak engagement, ramai orang akan like dan komen saya taktahulah mungkin dia nak perhatian," tambahnya lagi.

Nak timang cucu

Sementara itu, apabila disoal mengenai cahaya mata sendiri Angeline bagaimanapun berkongsi bahawa dia dan Sabri hanya memilih untuk menimang cucu.

"Tiada perancangan sebab kami pun sudah umur berapa, kami nak hidup tenang dan berteman sampai ke tua sahaja.

"Saya jaga anak yang dah ada sahaja lah. Saya hanya mintak dekat Allah bagi rezeki pada anak-anak kami yang dah kahwin itu untuk dapat anak-anak jadi kami boleh timang cucu," ujarnya lagi.

Terdahulu, tular sebuah berita yang di TikTok, baru-baru ini yang mendakwa Angeline Tan hamil sehingga ramai peminat yang 'termakan' dengan spekulasi tersebut.



Sabri Yunus bagaimanapun menerusi hantaran di Facebook akui berasa geli hati membaca berita yang tular itu.

Untuk rekod, Sabri dan Angeline bernikah pada 14 Oktober tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup di Kangar, Perlis.

Sabri sebelum ini kehilangan isteri, Norraya Mohd. Yusuf pada 2007 akibat kanser. Menerusi perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Manakala, Angeline pula memiliki dua anak daripada perkahwinan terdahulu.

Berita Trending: 6 Bulan Kahwin, Angeline Tan Didakwa Hamil? Ini Reaksi Sabri Yunus...

Berita Trending: Lauk Hidang Dalam Talam, Tema 70an, Main Wau, Ini Antara Yang Menarik Majlis Sambut Menantu Sabri Yunus & Angeline Tan


#Hamil #Sabri Yunus #Tular #Fitnah #Nafi #Tan #Dakwaan #Angeline
;