Hiburan
6 Bulan Kahwin, Angeline Tan Didakwa Hamil? Ini Reaksi Sabri Yunus...
Pelakon dan pengarah popular Sabri Yunus menyifatkan khabar angin tentang isteri yang dikahwininya enam bulan lalu, Angeline Tan sedang berbadan dua adalah fitnah paling kelakar.
Kata Sabri, individu yang menularkan kisah viral itu hingga mencetuskan pelbagai persepsi sepatutnya rasa bersalah.
"Hari paling kelakar sepanjang sepanjang 6 bulan yang lalu.. hari ni viral cerita fitnah paling kelakar.
"Kepada orang yang memulakan isu ini tidak dia rasa bersalah kalau tak rasa berdosa pun?
"Dan juga kepada yang menyambut dan menyambung viralkan cerita ini tidak kah dia rasa yang serupa?" tulisnya di Facebook.
BERITA TRENDING: Lauk Hidang Dalam Talam, Tema 70an, Main Wau, Ini Antara Yang Menarik Majlis Sambut Menantu Sabri Yunus & Angeline Tan
Ujarnya lagi, fitnah itu telah memberikan kesan dan mengganggu aktiviti hariannya."Bukan apa puas nak menjawab pada kawan yang bertanya mahu confirmkan.…
"Ada kawan kata .. “tak pe, benda baik” Hahahhaa… saya kata..
"Yang tak baik tu fitnah, fitnah tak mungkin baik," tambahnya.
PILIHAN PEMBACA: “Air Mata Mu, Air Mata Ku Jua…” - Sabri Yunus Kongsi Momen Angeline Tan Sebak Depan Kaabah
Hal sama turut dinafikan Angeline yang turut mempersoalkan tindakan pihak berkenaan menularkan berita tidak tepat."Tidak betul, berita itu palsu. Saya tidak tahu siapa punya kerja yang keluarkan berita begini.
"Pandai sahaja dia reka cerita palsu," katanya kepada media.
Untuk rekod, Sabri dan Angeline atau nama sebenarnya Ardini, 57, telah mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober 2023 di Arau, Perlis.
Must-Watch Video