Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Anggap Hafiz Suip Penyanyi Profesional, Ajai Terbuka Untuk Bantu Naikkan Nama Semula - “Orang Kata Dia Ada Masalah Tapi…”

Asyikin Mayudin
07/08/2024 03:55 MYT
Kemunculan penyanyi Hafiz Suip yang menyanyikan lagu Ku Akui di konsert ByAjai & Mega Friends pada Sabtu lalu di Mega Star Arena, Kuala Lumpur sememangnya mengubat kerinduan peminat.

Terbuka Bantu

Sudi Menaikkan Semula Nama Hafiz Dalam industri, penyanyi dan komposer Ajai berkata tangannya sentiasa terbuka luas menyambut 'kepulangan' penyanyi itu yang mahu membuat kemunculan selepas tiga tahun menyepi.

"Sudah pasti saya terbuka hati untuk bantu naikkan semula nama Hafiz, 'the door always open'.

"Saya tidak pernah paksa Hafiz mahupun sesiapa penyanyi untuk mencuba kelainan dalam kerjaya mereka,” kata Ajai kepada Gempak.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip Tak Pernah ‘Hilang’, Hanya Ambil Masa Untuk Berehat Seketika - “Mungkin Waktu Itu Semua Orang Tengok Saya Macam Meroyan…”

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert ByAjai & Mega Friends Sukses, Ada Sebab Penyanyi Jemputan Menyanyi Dua Lagu - “Walaupun Saya Ini Abang Mereka, Yang Menaikkan Mereka Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip Enggan Jadi Hipokrit, Nafi Badan Kurus Sebab Ambil Barangan Terlarang - “Saya Akui, Sepanjang Jadi Artis Saya Banyak…”

ARTIKEL BERKAITAN: Sorakan & ‘Standing Ovation’ Tanda Sokongan Untuk Hafiz Suip, Ajai Sempat Titipkan Pesanan - “Jangan Tinggalkan Industri Seni Sebab…”

Ajai berkata demikian ketika ditemui usai Konsert By Ajai and Mega Friends yang berlangsung di Mega Star Arena, Plaza Sungai Wang, baru-baru ini.

Konsert tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan Hafiz menerusi dua lagu iaitu 'Ku Akui' dan 'Tak Mungkin Kerana Sayang'.

Penyanyi Profesional

Berkongsi lebih lanjut, Ajai menyifatkan Hafiz sebagai penyanyi yang profesional meskipun timbul beberapa khabar angin dia sedang diuji dengan masalah.

"Orang kata dia ada masalah, tapi apa yang saya lihat dia beri komitmen yang sangat bagus untuk konsert saya. Hafiz ini yang saya kenal dia seorang yang sangat profesional biarpun ada beberapa masalah yang dihadapinya.

"Saya pesan pada dia jangan sayang manusia lebih daripada Allah. Saya kata jangan tinggalkan kerjaya. Dia seorang penyanyi yang hebat, apabila menyanyi dia akan menghayati lagu itu baik dan mendalam, sepenuh hatinya. Dia sangat bagus,” ujarnya.

Menerusi laporan Gempak pada Selasa, Hafiz memberitahu dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengatakan dirinya mahu meninggalkan industri atau merajuk.

Terima hakikat dengan kehadiran penyanyi baharu dalam industri, Hafiz bagaimanapun berkata dia mengambil keputusan untuk berehat seketika disebabkan berdepan dengan masalah yang enggan dikongsikan lebih lanjut.

#Hafiz Suip #Ajai #Isteri Hafiz Suip #Konsert Ajai #Hafiz Suip muncul