HIBURAN
Anggap Kes Cerai Di Mahkamah Hadiah ‘Birthday’, Edika Yusof Reda Jika Bercerai Pilihan Isteri - “Kalau Itu Cara Dia Nak Bebaskan Saya…”
Pelakon Edika Yusof memberitahu dia sudah melakukan yang terbaik dalam menjaga isterinya iaitu Nor Hidayah sepanjang 22 tahun perkahwinan mereka.
Tawaran untuk berpisah
Edika menerusi temu bual di TikTok Nona berkata biarpun reda dengan apa yang bakal berlaku, namun dia beranggapan tawaran untuk perpisahan daripada isterinya itu sudah terlambat.
ARTIKEL BERKAITAN: Sudah Terbiasa Jadi Kuat, Isteri Edika Yusof Kongsi Rutin Harian - “Dari Dulu Macam Itu Sebenarnya…”
ARTIKEL BERKAITAN: Isu Rumah Tangga, Edika Yusof Komen - “Kami Cuba Bincang Dahulu, Mungkin Tak Sekufu Di Pihak Dia”
ARTIKEL BERKAITAN: Sudah Tidak Tinggal Serumah, Isteri Edika Yusof Failkan Cerai - "Saya Tak Mahu Beri ..."
“Apa yang saya boleh buat, saya cuba la. Saya sekarang, umur dah 58 tahun. Saya dah berkahwin dengan isteri saya lebih 22 tahun. Saya jaga dia dalam 19 tahun.
“Jadi bila waktu sekarang baru nak ‘offer’ benda itu (perpisahan), saya rasa ia sudah terlambat bagi saya la. Saya tak ada fikir sangat tapi jodoh saya kata di tangan Allah.
“Tapi kalaulah dia fikir macam itu, dia patut beritahu saya awal-awal. Yela sebab saya tak ada pun minta benda (berpisah) macam itu. Sebab apa yang saya buat dah jadi rutin saya.
“Saya pun tak complain kan. Jadi, saya pun tak suka tunjuk dekat luar apa yang saya buat. Kita dua saja yang tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga kita,” katanya.
Terpaksa berkorban
Bagaimanapun, Edika akan menerima apa saja keputusan termasuklah melepaskan Nor Hidayah jika itu yang akan membuatkan isterinya itu berasa gembira.
“Kalau saya rasa, dia rasa dia akan gembira dengan melepaskan saya, saya tak boleh buat apa. Sebab saya cuba menyelamatkan tapi dia yang nak. Jadi saya tak boleh buat apa.
“Tapi selagi dia gembira, okay… jadi saya terpaksa berkorban la juga,” ujarnya.
Hadiah hari lahir
Mengakui berasa terkejut dengan permohonan perceraian isterinya itu, Edika bagaimanapun menganggap prosiding kes cerai di mahkamah yang bakal berlangsung pada esok merupakan hadiah hari lahir buatnya.
“Saya pun terperanjat sebenarnya. Saya cakap, kenapa kita tak berbincang dulu. Kalau awak ada kes sampai macam ini, kira final.
“Kalau itu cara dia nak bebaskan saya, supaya saya dapat hidup baru ini. Saya okay la, terima kasih. Sebab esok (hari ini) birthday saya.
“Dia bagi saya mungkin 23 hari bulan mahkamah. Mungkin hadiah hari lahir,” katanya.
Sekadar info, Nor Hidayah terdahulu memfailkan perceraian terhadap Edika pada akhir Mac lalu Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan dikurniakan sepasang cahaya mata. Manakala Hidayah memiliki seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.
undefined