"Anggaplah Tahun Ini Tahun Bersejarah Kanda Beli Kek Sendiri" - Sharifah Shahora Terpaksa Tangguh Sambut Birthday Suami Gara-Gara...

ZULHILMI JALIL
Februari 6, 2020 10:23 MYT
Pelakon Sharifah Shahora memberitahu bahawa dia terpaksa menanggguhkan hasratnya untuk menyambut ulang tahun kelahiran suaminya, pengarah terkenal, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin yang sepatutnya diraikan pada hari ini.
Shahora, 46, berkata, ia berikutan dirinya perlu menjaga ayahnya yang kini berada dalam keadaan tidak berapa sihat.
"Buat kanda YM Raja Mukhriz, setiap tahun 6hb Februari, ada sahaja rancangan untuk birthday kanda, kita makan malam bersama, kalau dinda rajin sikit dinda buat kejutan untuk kanda.
"Namun, pada tahun ini, kita kena tangguhkan sebab dinda kena jaga ayahanda yang sedang gering. Tanggungjawab dinda kepada ayahanda dinda perlu juga diutamakan," tulisnya menerusi satu entri di Instagram.
Begitupun, kata Shahora, dia sudah meminta anak-anaknya untuk meraikan terlebih dulu ulang tahun kelahirannya.
"Walau bagaimanapun dinda dah wakilkan anakanda-anakanda kita untuk meraikan bersama. Walaupun mereka nak buat kejutan tapi disebabkan dinda tiada, lupa nak tinggalkan duit kek, diorang terpaksa mintak duit daripada kanda jua akhirnya.
"Tetapi tak mengapa lah. Anggaplah tahun ini tahun bersejarah kanda kena beli kek untuk hari jadi sendiri. Happy Birthday @rajamukhriz," coretnya sebagai dedikasi buat suaminya.
Shahora dan Mukhriz mendirikan rumah tangga pada 26 Oktober 2008. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
#pelakon #Sharifah Shahora #Pelakon #Raja Mukhriz