,
Berita

"Anggaplah Tahun Ini Tahun Bersejarah Kanda Beli Kek Sendiri" - Sharifah Shahora Terpaksa Tangguh Sambut Birthday Suami Gara-Gara...

ZULHILMI JALIL
06/02/2020
10:23 MYT
Pelakon Sharifah Shahora memberitahu bahawa dia terpaksa menanggguhkan hasratnya untuk menyambut ulang tahun kelahiran suaminya, pengarah terkenal, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin yang sepatutnya diraikan pada hari ini.
Shahora, 46, berkata, ia berikutan dirinya perlu menjaga ayahnya yang kini berada dalam keadaan tidak berapa sihat.
"Buat kanda YM Raja Mukhriz, setiap tahun 6hb Februari, ada sahaja rancangan untuk birthday kanda, kita makan malam bersama, kalau dinda rajin sikit dinda buat kejutan untuk kanda.
"Namun, pada tahun ini, kita kena tangguhkan sebab dinda kena jaga ayahanda yang sedang gering. Tanggungjawab dinda kepada ayahanda dinda perlu juga diutamakan," tulisnya menerusi satu entri di Instagram.

Buat kanda YM Raja Mukhriz, Every year 6hb feb , ada je plan untuk birthday kanda. Kita dinner together, kalau dinda rajin skit dinda buat suprise untuk kanda. But this year kita kena postpone sbb dinda kena jaga ayahnda yang sedang gering. Tanggungjawab dinda kepada ayahanda dinda perlu juga diutamakan. Walau bagaimana pun dinda dah wakilkan anaknda anaknda kita untuk meraikan bersama. Walaupun mereka nak buat suprise tapi disebabkan dinda tiada, lupa nak tinggalkan duit cake, diorg terpaksa mintak duit dari kanda jua akhirnya. Tetapi tak mengapa la. Anggap la tahun ini tahun bersejarah kanda kena beli cake untuk hari jadi sendiri. ? Dinda harap tahun tikus ini iaitu tahun kanda akan membawa rezeki kepada kanda. . Untuk ucapan yang penuh kasih sayang dinda akan whatsapp kanda sahaja sbb dinda tak nak show off sgt ayat ayat cinta dinda pada umum. Happy Birthday @rajamukhriz ❤️

A post shared by Sharifah Shahora (@sharifahshahora) on

Begitupun, kata Shahora, dia sudah meminta anak-anaknya untuk meraikan terlebih dulu ulang tahun kelahirannya.
"Walau bagaimanapun dinda dah wakilkan anakanda-anakanda kita untuk meraikan bersama. Walaupun mereka nak buat kejutan tapi disebabkan dinda tiada, lupa nak tinggalkan duit kek, diorang terpaksa mintak duit daripada kanda jua akhirnya.
"Tetapi tak mengapa lah. Anggaplah tahun ini tahun bersejarah kanda kena beli kek untuk hari jadi sendiri. Happy Birthday @rajamukhriz," coretnya sebagai dedikasi buat suaminya.
Shahora dan Mukhriz mendirikan rumah tangga pada 26 Oktober 2008. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

Lama Tak Muncul, Penampilan Terkini Aniq Suhair Buat Peminat Teruja - “Pergh Dah Katang Badan”

gempak
21/11/2024
08:50 MYT
Pelakon Aniq Suhair mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi imej terkini di media sosialnya, baru-baru ini.
Unitar