Skip to main content

Berita Tempatan

Anggota Tentera Hilang Lebih Sebulan Ditemui Selamat

astro_gempak_anggota-tentera-kem-terendak-hilang_1.png

Menurut laporan Sinar Harian, bapanya, Nazri Abd Rahim, 48, berkata, anak kedua daripada tiga beradik itu, Prebet Muhammad Fakrullah Nazri, 21, ditemui dalam keadaan tidak terurus termasuk berambut agak panjang berbanding sebelum ini.

Menurutnya, biarpun sedih melihat keadaan Muhammad Fakrullah yang lebih dikenali dengan panggilan Fakrul itu, namun bersyukur anaknya ditemui dalam keadaan selamat.

"Alhamdulillah penantian kami selama ini, doa-doa orang ramai termasuk bantuan pihak media Allah SWT makbulkan doa kami.

Mengulas lajut, Nazri berkata, menerusi hebahan media juga ada individu yang telah memberi maklumat bahawa dia pernah ternampak Fakrul makan di kedai tersebut.

"Semalam (Ahad) abangnya tergerak hati nak pergi ke kedai itu, sebaik dia sampai kat kedai itu dia nampak Fakrul," katanya lagi.

Tambahnya, selepas 41 hari menghilangkan diri Nazri berkata, anaknya itu dalam keadaan sihat dan hanya makan di kedai selain tidur di beberapa premis termasuk hotel bajet sepanjang tempoh itu.

Sinar Harian pada Khamis lalu melaporkan seorang anggota tentera yang sepatutnya kembali bertugas di Kem Terendak, Sungai Udang di sini, dilaporkan hilang sejak lebih sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, individu, yang beralamat di Tanjung Minyak dikesan kali terakhir keluar dari rumahnya sejak 24 Jun lalu ketika sedang bercuti.

Menurutnya, mangsa telah berkhidmat selama dua tahun sebagai anggota tentera dan laporan kehilangannya dibuat oleh bapanya pada 20 Julai lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota Tentera Kem Terendak Dilaporkan Hilang Lebih Sebulan


Sumber: Sinar Harian

Must-Watch Video

Advertisement