Hiburan
Animasi Islamik Omar & Hana Catat 16 Juta Tontonan!
Dengan hanya dua minggu tayangan di televisyen, animasi Islamik Omar & Hana telah mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 16 juta tontonan.
Jumlah tersebut adalah dengan gabungan 11 juta tontonan di YouTube dan 5 juta penonton di kaca televisyen melalui lagu-lagunya.
Lagu yang paling mendapat perhatian adalah ‘Alhamdulillah’ dengan lebih 6 juta tontonan selain ‘Main Sama-sama’ dengan hampir 3 juta tontonan di Youtube.
Selain itu, lagu ‘Main Sama-sama’ juga telah berjaya menduduki carta teratas di YouTube selama empat hari berturut-turut bermula dari 7 Jun yang lalu.
Animasi Islamik terbaru hasil kerjasama Digital Durian dan Astro ini menampilkan dua karakter utama iaitu Omar dan Hana.
Omar dan Hana serta beberapa karakter sampingan akan mengajak kanak-kanak bernyanyi bersama mereka diiringi muzik berunsur Islamik secara santai.
Menariknya, pada setiap penghujung lagu pula akan disertakan sebaris hadis bertujuan memperkukuhkan lagi mesej di dalam lagu tersebut.
Akan datang, animasi ini bakal berkolaborasi bersama sifu Datuk M. Nasir dan isterinya, Datin Marlia Musa serta Prof Dr. Muhaya dan suaminya, Dr. Azmi.
Selain boleh ditonton di saluran YouTube Omar & Hana, sempena bulan Ramadan ini animasi ‘Omar & Hana’ turut boleh ditonton di empat saluran Astro iaitu Astro Ceria (saluran 116), Astro Oasis (saluran 106), Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).
Teks oleh : Izzat Ridzwan
Must-Watch Video