gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: ‘Terus Hidup’ Beri Tuah Untuk Aril Eles - “Mungkin Ini Satu Petunjuk…”
HIBURAN
Kak KM Nafi Anak Kena Reject, Siap Bayar Penalti - “Kenapa Ramai Yang Bengang, Tak Puas Hati?”
HIBURAN
Mierul Aiman Anggap Naskhah Filem & Drama Bukan Punca Gejala Buli - “Masyarakat Perlu Bijak Menilai...”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Mierul Aiman Anggap Naskhah Filem & Drama Bukan Punca Gejala Buli - “Masyarakat Perlu Bijak Menilai...”

Umirah Halim
Umirah Halim
07/08/2025
07:55 MYT
Sponsor Banner
Mierul Aiman Anggap Naskhah Filem & Drama Bukan Punca Gejala Buli - “Masyarakat Perlu Bijak Menilai...”
Pelakon, Mierul Aiman menegaskan karya seni seperti filem dan drama tidak seharusnya dipersalahkan sebagai punca berlakunya gejala buli dalam kalangan remaja dan masyarakat.
Menurut Mierul, naskhah yang dihasilkan hanyalah refleksi realiti kehidupan dan wajar dijadikan pengajaran serta panduan, bukan sumber pengaruh negatif.
“Saya membesar dengan filem, drama siri dan muzik. Saya percaya terjadinya filem rempit itu datang daripada budaya masyarakat itu sendiri.
“Bukan kerana filem rempit ditayangkan, barulah terjadi isu-isu rempit.
“Saya rasa semua naskhah yang disiarkan adalah jalan cerita yang dikarang semula daripada kehidupan sebenar,” katanya.
Mierul berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media drama Seadanya Kita, terbitan Viu Malaysia yang berlangsung di Aurum Theatre, TRX, Kuala Lumpur.
Tambah Mierul, masyarakat perlu lebih bijak menilai antara yang baik dan buruk, selain menganggap karya seni sebagai platform pemikiran, bukan pendorong kelakuan negatif.
“Saya percaya masyarakat perlu melihat filem atau drama itu sebagai satu sumber rujukan untuk menentukan mana yang baik atau buruk.
“Kita sendiri sudah dididik oleh ibu bapa dan sekolah untuk mengenal perkara baik dan buruk.
“Filem atau drama hanyalah satu pameran untuk menceritakan pengalaman orang lain,” jelasnya.
Menurut Mierul lagi, setiap naskhah yang dihasilkan sebenarnya bertujuan mencetuskan kesedaran serta memberi ruang penonton untuk berfikir.
“Semua naskhah yang dihasilkan sekadar mahu membuat penonton berfikir atau menjadikannya iktibar dalam kehidupan harian,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mierul bakal muncul dalam drama bersiri Seadanya Kita yang akan ditayangkan secara eksklusif menerusi platform Viu Malaysia bermula 7 Ogos ini, setiap Khamis dan Jumaat.
Drama arahan Feroz Kader itu mengisahkan tentang Alani, seorang ibu tunggal yang cuba membina semula kehidupan bersama anak lelaki, Iqi, selepas ditinggalkan suami.
Kehadiran semula bekas suami selepas lima tahun menggugat ketenangan hidup Alani, namun dalam masa sama, dia bertemu dengan Kerol (lakonan Mierul), seorang penyanyi rock muda yang turut berdepan konflik silam.
Apa yang bermula sebagai hubungan profesional, perlahan-lahan berubah menjadi sesuatu yang lebih mendalam apabila Kerol menemui ketenangan dalam keluarga kecil Alani.
Selain Mierul, drama 15 episod itu turut dibintangi oleh Emma Maembong, Shahz Jaszle, dan Ara Johari.
Topic Berkaitan
#Filem
#Buli
#Aiman
#Mierul
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement