Laman Utama

Anjing Liar Masuk Hospital, Makan Mayat Para Syuhada

gempak
Gempak
14/11/2023
15:45 MYT
Sponsor Banner
Anjing Liar Masuk Hospital, Makan Mayat Para Syuhada
Peperangan tidak berperikemanusiaan di Palestin sekali lagi mencuri tumpuan dunia apabila anjing-anjing liar dilaporkan mula memakan mayat-mayat di Hospital Al-Shifa, Gaza selepas pengeboman oleh Zionis Israel.

BERITA TRENDING: “Semua Orang Ada Cara Tersendiri Zahirkan Solidariti” - Fasha Sandha Mohon Jangan Berhenti Doa Untuk...

Memetik laporan Al Jazeera, detik sayu tersebut diceritakan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Gaza, Dr. Munir Albursh ketika dihubungi dalam satu temubual semalam.
Ujarnya, anjing-anjing liar berkenaan mula berderu-deru masuk setelah pekarangan hospital dibom oleh Zionis sebelum mula memakan jenazah para syuhada.
“Kami lihat dengan mata kami sendiri, bila Israel mengebom kawasan sekitar hospital, anjing-anjing liar mula masuk ke dalam hospital dan menjumpai mayat-mayat tersebut sebelum mula makan.
“Kami tidak boleh halang dan sepak anjing-anjing tersebut. Binatang itu terus makan jenazah para syuhada di pekarangan hospital.
“Adakah ini boleh diterima akal oleh kamu? Adakah ini diterima oleh negara-negara Arab? Adakah ini boleh diterima oleh negara-negara Islam? Kami adalah syuhada,” katanya sambil kedengaran sebak.
Sejak peperangan bermula pada 7 Oktober lalu, Israel gelab membunuh sekurang-kurangnha 11,000 rakyat Palestin dimana 8,000 daripadanya adalah wanita dan kanak-kanak.
Sebanyak 28,000 rakyat Palestin juga dilaporkan cedera.

PILIHAN PEMBACA: Mula Baca Al-Quran Sebab Kagum Rakyat Pales*** Tak Salahkan Takdir, TikToker Megan Rice Peluk...

Terdahulu, Hamas melakukan serangan mengejut terhadap Israel termasuk serangan roket bertubi-tubi dan penyusupan ke Israel melalui darat, laut dan udara pada hari sambutan perayaan Yahudi.
Hamas berkata, operasi itu sebagai tindakan balas terhadap pencerobohan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur dan keganasan peneroka haram Yahudi yang semakin meningkat terhadap rakyat Palestin.
Rejim Israel kemudian melancarkan Operasi Pedang Besi terhadap sasaran Hamas di Semenanjung Gaza.
Sumber: Kosmo Online!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live