Pelakon jelita, Anna Jobling mendedahkan dia ada menerima tawaran untuk merakamkan lagu.

Jelas Anna atau nama lengkapnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, tawaran tersebut datang daripada syarikat rakaman yang terkenal.

Bagaimanapun kata Anna, perkara tersebut masih dalam proses perbincangan bersama syarikat pengurusannya.

“Saya ada dapat tawaran untuk menyanyi namun ia masih terlalu awal untuk buat keputusan.

“Manager saya beritahu ada tiga syarikat rakaman yang namanya agak besar melamar saya.

“Saya dan management masih dalam perbincangan mengenai perkara tersebut.

“Untuk saya sendiri, jujur saya masih belum bersedia,” katanya kepada Gempak.

Tambahnya lagi, untuk mengeluarkan lagu berkemungkinan ia akan terjadi, namun fokusnya ketika ini masih pada bidang lakonan.

“Kalau untuk seronok-seronok mungkin akan ada, apa-apa pun saya nak fokus pada berlakon terlebih dahulu,” ujarnya.

Untuk mengetahui lebih tentang Anna Jobling, baca di sini.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.