,
Laman Utama

Tersenarai Wanita Tercantik Dunia, Karier Meroket Sampai Ke Indonesia, Anna Jobling: “My Life Changed Overnight”

Maliah Surip
08/01/2023
01:55 MYT
Perempuan muda usia masuk 23 tahun yang duduk di depan saya saat temu bual ini benar benar cantik. Lirikan mata, senyum manis dan sikap polos membuat auranya menyerap dan perlahan lahan sesiapa yang melihatnya seperti terpana sihir.
Maka tidak hairan kenapa nama Anna Jobling tersenarai dalam 100 wanita tercantik dunia, dan menjadi satu satunya perempuan dari Malaysia menerima pengiktirafan tersebut tahun lalu.
Di tahun lalu juga, karier Anna meroket. Tiba tiba namanya meledak dikenali sebagai Melur, watak dalam drama bersiri lakonannya menjadi pujaan sehingga ke Indonesia.
Menuju penutup 2022 dan 2023 disambut dengan ‘penerbangan’ tinggi Anna yang kini bukan sahaja menjadi rebutan di kaca televisyen, tetapi diburu pelbagai produk untuk menjadi pelaris membuatkan kalender karier tahun ini cukup padat.
Dalam fasa mengatur strategi baharu, perempuan yang namanya menjadi carian paling tinggi di Google ini berbicara secara eksklusif dengan #GTheUntold Story tentang gelombang hangat yang sedang dibawanya kini.
#G: Bagaimana anda boleh simpulkan mengenai karier pada tahun 2022?
ANNA: Awal Januari dibuka saya tidak punya ekspektasi. Jika orang boleh terima, saya happy, begitu juga sewaktu terbabit dengan drama Melur Untuk Firdaus. Dan apabila ia disiarkan saya tak sangka tiba tiba meledak. Pengikut saya di laman sosial bertambah. Bukan di Malaysia sahaja tapi di Indonesia dan Brunei.
Ya, my life changed overnight (hidup saya berubah dengan satu malam). Ini adalah momen yang ‘gila’ apabila saya dikenali dan orang mahu bergambar walau di mana saja. Saya bersyukur dan tidak patut mengeluh. Saya sangat menghargai dan menikmati momen ini.
#G: Ini bermaksud privasi diri anda juga semakin berkurang. Mungkin masa untuk diri sendiri atau lakukan aktiviti yang anda suka seperti sebelumnya juga perlu dikurangkan?
ANNA: Saya tahu kalau masuk industri ini memang kena sentiasa bersedia termasuk soal privasi. Saya memang kena bersedia. Dan saya bersedia apabila kini mungkin masa untuk diri sendiri juga sudah berkurangan. Apapun saya sangat bersyukur.
Tapi saya nak semua orang tahu apa yang dilihat dalam sosial media tak semuanya betul. Di sosial media saya kongsi apa yang mahu dikongsikan. Sementara untuk diri saya sendiri, saya hanya seorang wanita yang ringkas.
#G: Baiklah siapa sebenarnya Anna Jobling?
ANNA: Seorang yang berani, berhati keras dan akan dapatkan apa yang dimahukan walaupun sukar. Tapi macam saya katakan tadi, saya seorang wanita yang ringkas. Saya rindu rileks di rumah. Saya seorang home person.
Sekarang semua sudah berubah. Saya suka menjadi orang biasa dan lakukan semua sendiri. Cuma sekarang susah sikit untuk bergerak sendiri. Apapun saya bersyukur dan menikmati fasa ini.
#G: Jika tidak sibuk dalam dunia seni, di mana Anna Jobling sekarang?
ANNA: Kalau tak berlakon, saya masih belajar dalam bidang mungkin psikologi atau bisnes di luar negara.
Atau sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang veterina. Saya seorang pencinta kucing. Saya ada banyak kucing di rumah. Saya ambil dan bela kucing jalanan. Saya sayang semua kucing saya kerana semua ada karakter masing masing.
#G: Jadi kenapa akhirnya memilih berada dalam lapangan seni?
ANNA: Sejujurnya saya seorang yang tidak mempunyai keyakinan diri. Saya memulakan karier dalam bidang peragaan sebagai model sejak usia belasan tahun untuk membantu mendapatkan keyakinan diri.
Selepas dunia modelling menjadi platform, saya fikir apa lagi nak buat? Jadi berlakon kerana lakonan memberi saya cabaran yang berbeza. Dalam dunia lakonan saya kena bertutur bahasa Melayu.
Ini juga (bahasa) mungkin membuatkan saya kurang keyakinan diri kerana sejujurnya dunia lama saya dikelilingi oleh bukan dalam golongan Melayu.
Saya bersekolah di sekolah antarabangsa dan persekitaran, kawan kawan saya bukan dalam kalanganMelayu atau campuran. Tapi memang benar benar dari pelbagai negara dan antarabangsa, jadi bahasa Melayu agak sukar buat saya.
Namun itu bukan alasan untuk saya tidak belajar. Bukan saya sombong tak mahu berbahasa Melayu, saya belajar. Saya banyak belajar berbahasa Melayu apabila terbabit dalam industri.
Penyertaan dalam pertandingan Dewi Remaja adalah fasa paling sukar dan membuat saya banyak belajar bahasa Melayu. Produksi akan tulis dan saya perlu hafal ayat bahasa Melayu, dan pada awal berlakon beberapa tahun lalu, sebutan saya juga masih tidak lancar serta pelat.
Tapi saya suka untuk belajar dan masih tekun memperbaiki bahasa Melayu saya. Pada saya, saya tidak mahu menyesal bila sudah berusia 30 atau 40 tahun nanti kerana melepaskan keinginan berlakon hanya sebab tiada keyakinan diri dan punya masalah berbahasa yang boleh dipelajari. Saya buat apa yang saya suka dan rasanya tak rugi mencuba.
#G : Percubaan itu nampaknya kini membuahkan hasil. Nama Anna Jobling bukan sahaja menjadi rebutan di Malaysia, tetapi cukup popular di Indonesia. Mungkin anda satu satunya selebriti Malaysia yang dilayan seperti Puteri Raja di sana?
ANNA: Ini juga sesuatu yang gila dan tak pernah saya sangka. Jika mengikut data di internet, saya memiliki sebanyak 60 peratus peminat dari Indonesia. Ia sangat besar dan mengejutkan saya.
Saya percaya ini kerana impak drama sebab bila pergi sana, peminat yang tunggu di lapangan terbang atau pun terserempak dalam tandas akan memanggil saya Melur.
Saya juga boleh dikatakan mendapat layanan yang sangat ramah dan baik. Bayangkan misalnya selepas saya ditemubual dan berkenalan lebih rapat dengan selebriti mereka, esoknya akan sampai hidangan makanan atau bunga di bilik hotel.
Cakap saja nak makan apa, mahu pergi mana atau apa sajalah yang saya inginkan, semua akan ditunaikan.
#G: Ini bermaksud kita juga akan melihat Anna Jobling mencetak karier di sana?
ANNA: Sasaran seterusnya memang begitu. Saya punya mimpi besar bukan sekadar Indonesia tapi juga dalam pasaran antarabangsa.
Tapi untuk Indonesia, memang banyak peluang sudah terhidang di depan mata. Saya telah secara rasmi mengikat kontrak bersama sebuah produk kecantikan, MS Glow selepas mereka mencari saya kerana ledakan Melur.
Saya terima tawaran sebab suka produk kecantikan dan akan mencuba atau memakainya dulu. Saya pakai untuk memudahkan pengalaman sebagai pengguna. Saya sangat teruja kerana menjadi selebriti Malaysia pertama yang jadi wajah mereka.
Kemudian tawaran berlakon dalam sinetron atau drama mereka. Namun tawaran tawaran yang datang belum boleh saya putuskan kerana komitmen di Malaysia. Saya akan sibuk bermula Januari ini sehingga tiga bulan ke hadapan. Jadi fokus saya hanya pada projek ini.
Setelah habis, baru saya boleh fikirkan sama ada sambung projek di Malaysia atau mahu cuba pasaran Indonesia kerana selain sinetron, ada sebuah produksi filem yang sedang menunggu jawapan saya untuk ikut terbabit dengan naskhah mereka.
Pun saya tidak mahu terkejar kejar. Saya sedang belajar bahasa Indonesia supaya memudahkan kerja dan rezeki saya pada masa depan. Im not in rush.
TAKUT ORANG BOSAN & KISAH DENGAN MERQEEN
#G: Mendengar semua ini sudah membuktikan nilai Anna Jobling sangat besar saat ini. Tapi ada timbul kebimbangan tak jika nanti tiba tiba penonton bosan kerana asyik melihat Anna di sana, Anna di sini?
ANNA: Of course ada. Saya takut orang bosan. Takut orang cakap ‘Ya Allah bosannya tengok muka dia’ sebab saya ada di MegaDrama Astro dan kemudian di stesen televisyen lain dalam masa terdekat. Tapi saya percaya kepada kerja keras, usaha dan rezeki. Saya suka bekerja jadi saya akan terus bekerja.
#G: Bercakap tentang kerja. Anda adalah heroin yang sering berganding mesra dengan hero anda. Bagaimana bersetuju untuk adegan intim dan di mana pula meletak limitasi?
ANNA: Pada saya, jika ia terletak dan ada dalam skrip, (adegan mesra) kami akan bincang dahulu. Saya tidak akan melakukan adegan yang langsung tidak ada kena mengena dengan jalan cerita.
#G: Masih lagi tentang dunia lakonan. Kerap ‘bersanding’ dengan pelakon lelaki untuk menjayakan sesebuah naskhah dalam tempoh yang lama, anda percaya pada cinta lokasi. Misalnya yang hangat diperkatakan tentang hubungan anda dan Merqeen?
ANNA: Untuk dapatkan chemistry kita kena dapatkan perasaan. Tapi perasaan itu perlu dikawal hanya sewaktu bekerja. Dan ya, saya percaya boleh terjadi cinta lokasi, cuma saya akan ingat kena kawal diri.
Ini bukan tentang Merqeen sahaja, tapi saya cakap secara general. Soalan ini susah, saya takut salah cakap dan kemudian disalah tafsir. Sebenarnya saya tidak berhutang penjelasan dengan sesiapa dan tak boleh puaskan hati semua orang.
Sebab itu saya tak tengok sangat sosial media kecuali berkaitan kerja, jika pasal peribadi, macam saya kata, saya tak berhutang dengan sesiapa untuk menjelaskan hal yang tidak perlu dikongsikan.
Saya tak pernah cakap apa apa, jangan fikir melepasinya. Jika satu hari saya nak kongsi tentang kehidupan peribadi, saya akan kongsi sendiri. Buat masa ini tolong jangan ada yang overthinking.
DIHIMPIT LELAKI, VIP, ANNA: “BOLEH CUBA…”
#G: Tapi secara logik juga, perempuan secantik Anna, sedang meledak dan jadi buah bibir di mana mana mesti ada dihimpit lelaki. Tak kisahlah muda, berusia, golongan VIP ke. Ada?
ANNA: Jujurnya saya tak baca DM atau apa pun misalnya kalau ada salam perkenalan dari lelaki ke VIP ke lelaki tua ke muda ke. Jadi kalau ada, saya pun tak tahu.
Tapi saya tidak suka melayan, ya saya tak berminat. Mereka boleh cuba, tapi no, thanks.
#G: Tentang gelaran wanita tercantik dunia yang anda dapatkan baru baru ini pula, macam mana? Rasa terbeban untuk sentiasa kelihatan cantik sebab sudah masuk senarai tersebut atau macam mana?
ANNA: Saya tak tahu bagaimana memberi reaksi. Jujurnya saya seorang yang ringkas dalam berpenampilan kerana saya lebih pentingkan adab kepada seseorang berbanding berhias. Tapi apapun saya sangat menghargainya.
#G: Tentang jadi nama paling banyak dalam pencarian Google 2022 pula?
ANNA: Ini pun saya tertanya kenapa saya jadi orang paling banyak dicari di Google. ‘Mereka Google apa ya?’ Tapi saya rasa ia lucu. Mungkin orang mahu mencari tahu maklumat saya lebih banyak lagi.
Saya ada Google nama atau diri sendiri, tapi hanya untuk suka suka sebab nama saya tiba tiba hangat pada 2022 sedangkan itu bukan tahun pertama saya berlakon, tapi baru dikenali kini.
#G: Jadi apa lagi yang akan khalayak saksikan dari Anna Jobling sepanjang tahun ini?
Saya suka merancang, tapi sejujurnya pada 2022 saya tak fikir akan terjadi sesuatu yang besar. Target saya sebenarnya pada 2023 tapi telah meledak awal sedikit dari perancangan. Jadi untuk 2023 ini saya terbang mengikut arah angin.
Selain projek filem, drama dan menjadi duta produk, saya sebenarnya telah mendapat empat tawaran menjadi penyanyi.
Semuanya masih dalam perancangan, tapi saya tak sedia. Jika ia (menyanyi) akan terjadi suatu hari nanti, ia bukan keutamaan saya. Saya mahu fokus berlakon.
Ya saya percaya semua orang boleh menyanyi dengan pergi ke kelas atau tambah ilmu, tapi saya sedar saya tak boleh menyanyi macam Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Mungkin nyanyian saya hanya untuk drama lakonan saya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Hiburan

Dua Lipa Batal Konsert Di Jakarta Kerana Pentas, Netizen Komen - “Macam Panggung Dangdut”

gempak
09/11/2024
13:55 MYT
Dua Lipa membuat pengumuman mengejutkan kurang 24 jam sebelum konsert yang dijadual berlangsung hari ini di Jakarta, Indonesia, dibatalkan.
Hiburan

Jefri Nichol Mengaku Tiduri 20 Wanita, Netizen: “Itu Prestasi? Subhanallah…”

gempak
08/11/2024
21:55 MYT
Pengakuan Jefri Nichol mengenai dirinya pernah tidur dengan wanita-wanita yang menjadi kekasihnya menerima kecaman dalam kalangan netizen.
Hiburan

Aktor Senior Ganti 32 Kereta Dalam Setahun: “Kita Dari Kampung, Jadi Popular, Banyak Duit…”

gempak
07/11/2024
16:00 MYT
Seorang aktor senior Indonesia dikhabarkan pernah bertukar sehingga 32 kali jenis kenderaan dalam tempoh setahun pada zaman kegemilangannya.
Hiburan

Lemas, Benam Kepala Anak Tamara Tyasmara 12 Kali, Kekasih Terlepas Hukuman Mati

gempak
05/11/2024
21:51 MYT
Selepas sembilan bulan kes membabitkan jenayah Yudha Arfandi terhadap anak kekasihnya, pelakon Tamara Tyasmara, Dante, Pengadilan Negeri Jakarta Timur akhirnya memutuskan lelaki tersebut bersalah.
Unitar