Hiburan
Anna Jobling Masuk Kelas Belajar Bahasa Indonesia, Sedia Ulang Alik KL-Jakarta!
Rezeki Semakin Murah, pelakon Anna Jobling memberitahu dia lebih rela berulang-alik dari Kuala Lumpur (KL) ke Jakarta demi mengembangkan kerjaya seninya ke Indonesia.
Demi Kembangkan Kerjaya
Ini kerana, kata Anna yang berusia 22 tahun, itu merupakan cara terbaik yang boleh dilakukannya tanpa perlu sepenuhnya meninggalkan kerjaya di Malaysia.
“Memang saya mahu mengembangkan karier di Indonesia tetapi sayang pula nak tinggalkan Malaysia. Saya kerja berpasukan juga sudah menampakkan hasil sepanjang tempoh dua tahun ini.
“Mencari ruang di sana juga sukar kerana ramai bakat yang bagus, tambahan pula saya tidak bernaung di bawah mana-mana agensi lokal, kiranya semua usaha ini bermula dari bawah.
“Sekarang banyak tawaran saya dapat, cuma belum terfikir berhijrah ke Indonesia walaupun jadual penggambaran di sana sudah penuh. Sayang pula nak tinggal,” katanya.
Hadiri Kelas Bahasa Indonesia
Menurut Anna, ada pihak menyangka penghijrahan itu bakal direalisasikan dalam masa terdekat berikutan dia menghadiri kelas bahasa Indonesia.
Kata pemenang Gempak Most Wanted 2023 ini, sesi menambahkan ilmu serta memantapkan penguasaan bahasa sebahagian daripada usahanya sebagai pelakon.
“Kerap juga saya ke kelas bahasa memandangkan selepas ini ada beberapa naskhah terbitan produksi Indonesia bakal disempurnakan.
“Ini bermakna masa saya akan banyak di sana, manakala di Kuala Lumpur juga sudah disusun jadual penggambaran untuk projek akan datang. Saya masih mahu berlakon di negara sendiri.
“Berdasarkan perancangan, masa saya di Jakarta dan Kuala Lumpur juga secara giliran melihat kepada keperluan,” katanya.
BERITA TRENDING: “She’s A Good Person” - Amir Ahnaf Akui Kenal Sarah Yasmine Menerusi Anna Jobling
Must-Watch Video