Viral
Tular Foto Bersama Sarah Yasmine, Ini Respons Anna Jobling - “Kami Berjumpa Pertama Kali Dekat…”
Gara-gara tular gambar bersama kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz, pelakon Anna Jobling bagaimana tidak menafikan mahupun mengiyakan mengenai dakwaan dirinya kawan baik wanita bernama Sarah Yasmine itu.
Hanya kenalan
Hanya kenalan, Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 24, berkata mereka kali pertama kali berjumpa ketika di sebuah acara di Singapura Disember tahun lalu.
Menurut Anna, Sarah sangat baik dengannya dan pasukannya selama meluangkan masa selama tiga hari di sana.
“Saya kenalan dengan dia, kami berjumpa pertama kali dekat satu acara di Singapura Disember tahun lepas.
“Dia datang ke booth saya selama tiga hari dan luang masa bersama saya serta pasukan saya, dia sangat baik dengan kami.
“Peminat tahu saya macam mana, kalau orang tu tiada masalah dengan saya, maka saya pun tiada masalah dengan orang berkenaan,” katanya kepada Gempak.
Anna berkongsi perkara itu ketika ditemui di Gema Lebaran Anna Jobling, Royale Palace, Cyberjaya, Selangor, pada malam Jumaat.
Kontroversi
Dalam pada itu, Anna berkata dia tidak mengetahui mengenai pendedahan yang dibuat oleh Sarah di media sosial kerana tak pernah berkongsi tentang perkara tersebut.
“Tentang isu kontroversi tersebut saya tak tahu langsung sebab dia sendiri tak pernah kongsi dengan saya.
“Saya pun sibuk dengan kerja saya dengan jadual yang padat, jadi saya tiada masa nak masuk campur dengan isu berkenaan.Tambah pula saya tak tanya fasal isu peribadi dekat dia,” jelasnya.
Sementara itu, Anna tidak terkejut namanya terkena tempias isu kontroversi Sarah kerana ia sudah menjadi seperti perkara biasa untuknya.
“Saya tak terkejut sebab sudah biasa terkena tempias dengan isu-isu yang tiada kena mengena dengan saya.
“Bagi saya ia normal dan saya okay sahaja. Lagipun kecaman yang saya terkena itu tidak menganggu kerja saya,” ujarnya.
Terdahulu, foto dan video Sarah dan Anna pada Disember tahun lalu dengan kapsyen ucapan penghargaan terhadap aktres itu yang sudi menjadi teman rapatnya menjadi perhatian.
Menerusi perkongsian itu juga, Sarah memuat naik foto mesra mereka berdua dan hantaran itu turut menerima komen balas daripada Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 24.
ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa Difitnah Khayalkan Aliff, Sarah Yasmine Tak Takut Nak Saman Ruhainies RM5 Juta?
ARTIKEL BERKAITAN: Bulu Mata Senget & Gincu Tak Sekata Sarah Yasmine Jadi Tumpuan Netizen
Must-Watch Video