“Antara Kisah & Watak Besar Yang Saya Idamkan...”- Que Haidar

Syafiqah Jalal
Mei 2, 2019 06:26 MYT
Pelakon Que Haidar mengakui karakter pahlawan Tunku Kudin merupakan antara kisah dan watak besar yang diidamkannya.
Menurut Que, Tunku Kudin merupakan pahlawan yang terlibat dalam Perang Saudara di Selangor untuk menbantu Raja Ismail menewaskan Raja Mahadi.
“Di antara kisah dan watak besar yang saya idamkan!! Pernahkah anda mendengar nama Tunku Kudin? Beliau adalah menantu kepada Sultan Abdul Samad iaitu Sultan Selangor.
"Tunku Kudin atau nama sebenar Tunku Zia ud-din ibni al-Marhum Sultan Zain al-Rashid al-Mu’azzam Shah ar (ejaan arab)/Tunku Dhiauddin ibn Sultan Zainal Rashid I (Ejaan Rumi) anak kepada Sultan Kedah.
“Beliau terlibat di dalam Perang Saudara di Selangor dengan menghantar 500 tentera Kedah untuk membantu Raja Ismail menewaskan Raja Mahadi.
“Tindakkan beliau telah menimbulkan kemurkaan Sultan Kedah lalu digugurkan kesemua jawatan beliau termasuk Jawatan Raja Muda pada masa itu di Kedah,” tulisnya.
Suami kepada penari terkenal Linda Jasmine itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Rata-rata pengikutnya teruja dan tidak sabar untuk menanti karya sebegitu ditayangkan.
Nama Que Haidar dikenali dan popular dalam filem Rock Oo!, KL Menjerit 1, Lagenda Budak Setan, Zombi Kampung Pisang dan banyak lagi.
#pelakon #Que Haidar #Pelakon #Berlakon #Watak