,
Big Stage 2023

Antara Waode & Nadeera Zaini, Ini Ramalan Juara #BIGSTAGE Dari Iqbal Zulkefli

Amri Hassan
08/07/2023
08:55 MYT
Pertandingan nyanyian BBNU popular, Big Stage 5 bakal melabuhkan tirai pada Ahad ini.
Mempertaruhkan enam finalis iaitu Waode, Nadeera Zaini, Putera Muhammad, Hoondoo, Puteri Khareeza dan Aufahanie, ramai yang sudah meramalkan calon juara pertandingan terbabit.
Begitu juga bekas peserta Big Stage tahun lalu, Iqbal Zulkeflie yang punyai ramalannya tersendiri.
"Dari awal sehingga sekarang saya tonton Big Stage. Ada 2 peserta dalam fokus saya (ramalan) bakal juara; Nadeera, Waode.
"Nadeera bagi saya sudah berdiri lebih dari seorang juara namun perlu ada manager untuk gilap personaliti dan bijak bermain di media sosial untuk dapatkan sokongan lebih ramai peminat.
"Waode - setiap saat dia tahu menghargai setiap saat di atas pentas. Saya berharap Waode tunjukkan kehebatan semaksimum mungkin nanti," katanya.
BACA: Diperli Suka Jadi Mat Selit Isu Viral, Iqbal Zulkefli: “Dah Sendu Kan, Memang Saya Gila Famous”
BACA: Big Stage 2022: Iqbal Akhirnya Tersingkir Dengan Markah 9.2%
BACA: Big Stage 2022: "Kamu Bukan Dilahirkan Sebagai Penyanyi" - Makin Kejam! Ajai Beri Iqbal 4 Markah Jer
Namun, Iqbal juga turut memberikan perhatian kepada finalis akhir Big Stage 5, Putera Muhammad.
"Paling saya bangga lihat Putera Muhammad. 'Nilai komersial' dan personaliti paling tinggi pada dia. Saya tidak kisah dia nombor berapa.
"Apapun bagi saya mereka yang semua ini sudah juara pada kelebihan masing masing," tambahnya.
Terdahulu, Isaac Voo, Naufal Azrin, Meer Nash, Farhan Shah dan Coex, Dem Lepak Boyz dan Firdaus Rahmat merupakan bintang yang tersingkir di konsert Big Stage 5.
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.
Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap, manakala juri jemputuan akan membantu setiap minggu.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

gempak
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.