Usahawan dan personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli mengakui dirinya seorang yang sangat sukakan populariti.

Bagaimanapun kata Iqbal, dia tidak memilih isu viral secara sebarangan sebaliknya perlu bijak mengatur strategi.

“Kalau perasan, saya tak akan tumpang sebarangan isu. Yang saya tumpang yang dulu-dulu tu, sekarang tiada.

“Cuma kali ini saya ‘tumpang’ sebab dah lama sendu kan, tapi saya tahu apa yang boleh naik dan tak memberi hasil.

“Jadi di situ kena bijak untuk mengatur strategi dan memang saya orang yang gila populariti sikit. Saya suka orang kenal, suka bermasyarakat dan saya tak boleh sembunyi. Memang saya orang yang begitu tu,” katanya ketika ditemu bual Gempak dalam segmen Cik Rina.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

BACA: "Kalau Betul Garang, Saya Boleh Lembutkan Dia" - Iqbal Okey Lamar Inspektor Sheila, Ini Pula Reaksi Empunya Badan!

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai kisah hangat antara dirinya dan juga Inspektor Shiela, ini jawapan Iqbal:

“Secara personalnya Inspektor Shila ni orang yang baik cuma dia orang yang memang lantang. Kalau dia tak suka dia tak sukalah.

“Tapi saya rasa macam bersyukur sebab bila jumpa dia banyak memuji saya dan senang. Sebenarnya dia orang yang okay.

“Cuma mungkin kita kena belajar dari segi kelancaran dalam bersosial. Itu sahaja. Dia bekerjaya sebagai inspektor, saya pula dalam industri jadi kita kena belajar lembutnya bercakap itu macam mana,” jelasnya.

Terdahulu, Iqbal sebelum ini menerusi hantaran di IG Story memaklumkan terbuka hati untuk mengenali Inspektor Sheila dengan lebih dekat.

Malah kata Iqbal warna kulit tidak menjadi penghalang untuk dirinya mendekati Inspektor Sheila.