Laman Utama

Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke-10, Kenali 9 Mantan PM Yang Pernah Memimpin Negara

Maliah Surip
25/11/2022
15:34 MYT
Khamis, 24 November 2022, sekitar pukul 5.06 petang, Malaysia dengan rasminya telah menerima pemimpin negara baharu selepas penantian selama lebih kurang empat hari usai membuang undi dalam Piliharaya Umum ke-15 pada 19 November 2022 lalu.
Perdana Menteri ke-10 Malaysia kini diamanahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar, 75, merupakan Ahli Parlimen Tambun, dilantik sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan susulan titah perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Keputusan ini dimaklumkan menerusi kenyataan Istana Negara sejurus tamat sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada pagi Khamis.
Namun sebelum Anwar menerima kurnia memimpin negara, mari kenali sembilan Perdana Menteri Malaysia sebelum ini;
1. PERDANA MENTERI PERTAMA : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - Tempoh Memimpin: 31 Ogos 1957 - 22 September 1970
2. PERDANA MENTERI KEDUA: Tun Abdul Razak Hussein - Tempoh: 22 September 1970 - 14 Januari 1976
3. PERDANA MENTERI KETIGA: Tun Hussein Dato’ Onn - Tempoh: 15 Januari 1976 - 16 Julai 1981
4. PERDANA MENTERI KEEMPAT: Tun Dr. Mahathir Mohamad - Tempoh: 16 Julai 1981 - 30 Oktober 2003
5. PERDANA MENTERI KELIMA: Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi - Tempoh: 31 Oktober 2003 - 3 April 2009
6. PERDANA MENTERI KEENAM: Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak - Tempoh: 3 April 2009 - 9 Mei 2018
7. PERDANA MENTERI KETUJUH: Tun Dr. Mahathir Mohamad - Tempoh : 10 Mei 2018 - 24 Februari 2020
8. PERDANA MENTERI KELAPAN: Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Md Yasin - Tempoh: 1 Mac 2020 - 20 Ogos 2021
9. PERDANA MENTERI KESEMBILAN: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - Tempoh: 20 Ogos 2021 - 24 November 2022
10. PERDANA MENTERI KE-10: Datuk Seri Anwar Ibrahim - Tempoh: 24 November 2022
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Tun Mahathir Sambut Hari Lahir Ke-99 Hari Ini

gempak
10/07/2024
04:54 MYT
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.
Berita

Mengangkat Tema Jihad & Perjuangan, Anwar Ibrahim Ajak Orang Ramai Hadir Pementasan Haji Murat

gempak
24/06/2024
11:55 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai bersama-sama hadir, ikuti dan hayati pementasan teater 'Haji Murat' yang akan dipentaskan selama empat hari di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, bermula Rabu ini.
Berita

“Tiada Kenaikkan Gaji Untuk Penjawat Awam Malas, Ada Isu Disiplin” - Perdana Menteri

gempak
06/05/2024
05:25 MYT
Yang malas dan ada masalah disiplin awas ya.
Berita

Gaji Penjawat Awam Bakal Naik Lebih 13 Peratus, Tertinggi Dalam Sejarah!

gempak
01/05/2024
07:55 MYT
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024. Menurut Anwar, kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini. “Sejarah kenaikan paling tinggi sebelum ini, adalah 13 peratus dan tahun ini saya akan umum
Gaya Hidup

#Travelmana: A Villa By A River... Villa Nur Jannah Tarikan Baharu Di Janda Baik!

gempak
30/03/2024
09:21 MYT
Villa Nur Jannah terletak di Janda Baik, Pahang dengan keluasan 4,000 kaki persegi.