Hari ini, 25 November 2022 merupakan sejarah baharu buat negara apabila Perdana Menteri Malaysia yang ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tugasnya sebagai pemimpin secara rasmi pada hari pertama.
Media massa telah ‘berkampung’ di kediamannya di Kajang, Selangor, seawal pukul 6.30 pagi bagi merakamkan detik bersejarah beliau keluar bekerja menuju ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) di bangunan Perdana Putra.
Apa yang menarik perhatian adalah penampilan yang digayakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Ahli Parlimen Tambun itu.
Bukan sut atau kot, sebaliknya Anwar dilihat segak berbusana baju Melayu warna merah jambu lengkap sampin bersama songkok yang dipakai senget sedikit beserta capal!
Penampilannya itu pantas mencuri perhatian apa lagi barisan pekerja dan pegawai yang menyambut kehadirannya memakai kot.
Figura berusia 75 tahun itu barangkali juga mengambil berkat kemuliaan hari Jumaat, yang kebetulan menjadi hari pertama beliau memulakan tugas rasminya mentadbir negara selepas perjuangan selama 24 tahun.
Terdahulu, tokoh yang amat dikenali dan disegani dunia ini dengan ramah menyapa seluruh media yang menanti di hadapan kediamannya, awal pagi ini.
“Hari ini pergi kerja," katanya kepada wartawan dan jurugambar yang berkumpul di luar rumahnya.
Maliah Surip
Fri Nov 25 2022


Pelbagai Gaya & Karakter, Ini 5 Momen Epik Selebriti Di Mahkamah
Kadang-kadang lucu juga bila tengok.
![[VIDEO] “Inilah Dia, Sama... Memang Wangi”- Uwais Terkenang Arwah Ibu, Bau Perfume Siti Sarah Pengubat Rindu [VIDEO] “Inilah Dia, Sama... Memang Wangi”- Uwais Terkenang Arwah Ibu, Bau Perfume Siti Sarah Pengubat Rindu](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-inilah-dia-sama-memang-wangi-uwais-terkenang-arwah-ibu-bau-perfume-siti-sarah-pengubat-rindu.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Inilah Dia, Sama... Memang Wangi”- Uwais Terkenang Arwah Ibu, Bau Perfume Siti Sarah Pengubat Rindu
Sebak tengok raut wajah Uwais....

Demi Jual Sayur, Nenek Akhirnya Berjaya Dapatkan Lesen Setelah Percubaan ke-960 Kali
Nenek Akhirnya Berjaya Dapatkan Lesen Setelah Percubaan ke-960 Kali

“Kemain Orang Geli, Sebenarnya Ada Jawapan…”- Nabila Huda Respon Isu Kongsi Makanan Dengan Kucing
Abil komen isu makan semangkuk dengan kucing.

“Saya Sudah Memaafkan, Tetapi Untuk Melupakan…” - Bella Astillah
Bella Astillah baik orangnya

Jadi Mangsa Rogol, Tiz Zaqyah Terkesan Gara-Gara Watak Lara - “Saya Rasa Tidak Sabar Nak Tukar Baju…”
Berat juga watak Tiz dalam Liar.

Isteri Afiq Muiz Fail Fasakh, Dakwa Tak Beri Nafkah Punca Utama Nak Bercerai - “Mengenai Bukti, Saya Rasa Semua Orang…”
Semoga ada jalan penyelesaian.

“Kalau Betul Aurora Trauma Dengan Saya, Kenapa…”- Farid Kamil Buntu Dengan Tuduhan Diana Danielle
Farid Kamil Buntu Dengan Tuduhan Diana Danielle

Lebih Bersinar Di Pagi Raya, Amalkan Produk Penjagaan Wajah Jepun Hada Labo
Cantik di pagi raya dengan produk Hada Labo.

Ramai Wanita Islam Mengubah Bentuk Muka Dengan Suntikan ‘Filler’ & ‘V Shape’, Ini Respon Ustazah Asma - “Hukumnya Adalah…”
Janganlah ubah bentuk muka...