,
Hiburan

Anzalna Cuti Setahun Semata-mata Belajar Memasak Untuk Suami

Syafiqah Jalal
22/03/2017
14:26 MYT
Pelakon Anzalna mengaku mulai seronok menjalani kehidupan sebagai suri rumah.
Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir,29, berkata selama setahun berehat daripada berlakon dan menjalani penggambaran dia telah belajar banyak menu masakan baru untuk suaminya.
"Saya kini seronok menjalani kehidupan sebagai seorang isteri. Sejak berkahwin saya banyak berehat dan menjadi suri rumah sahaja.
"Masa yang ada itu saya banyak luangkan masa untuk belajar memasak. Entah kenapa sejak berkahwin ini, mood memasak itu datang secara tiba-tiba.
"Hampir setiap hari saya akan cuba resepi baru yang saya tidak pernah masak. Saya banyak belajar dari internet selain minta tunjuk ajar dari ibu saya dan juga ibu mertua.
"Selain itu, saya suka cuba memasak sendiri di rumah menu yang saya makan di restoran.
"Seronok bila suami suka makan masakan saya. Antara masakan yang saya sudah pandai masak seperti salted egg prawn, butter chicken dan banyak lagi," katanya kepada Astro Gempak.
Pun begitu, Anzalna memberitahu dia masih mahu berlakon cuma dia kini cuba mengehadkannya kerana mahu meluangkan banyak masa dengan suami dan keluarga.
"Saya masih berlakon, baru-baru ini saya baru sahaja tamat penggambaran drama bersiri Arluna, 16 episod dan sekarang saya kembali berehat.
"Suami tidak menghalang saya berlakon cuma saya mahu mengehadkannya supaya saya dapat meluangkan banyak masa dengannya serta menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri,"katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Anzalna bakal terlibat dalam drama rantaian 100 episod yang akan ditayangkan menerusi saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).
Teks oleh Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Netizen Kagum Tengok Penkek Wajah Fattah Amin - "Ni Kalau Dah Makan Tak Sampai Hati Nak ..."

gempak
22/10/2024
12:30 MYT
Seorang usahawan penkek mencuri perhatian warganet menerusi bakat terpendamnya menghasilkan sebiji penkek berwajah pelakon kacak Fattah Amin.
Hiburan

Pelakon Wanita Beli Kapal Layar Mewah Hadiah Ulang Tahun Sendiri

gempak
22/10/2024
08:50 MYT
Tidak mengharapkan mendapat hadiah mewah daripada kekasih atau pihak lain sempena ulang tahunnya, pelakon Prilly Latuconsina membeli sesuatu yang istimewa buat dirinya sendiri.
Hiburan

“Saya Ada Jumpa Dengan Fatima Cuma Keadaan Dia Tak Sama” - Fattah Amin

gempak
22/10/2024
03:20 MYT
Aktor Fattah Amin memaklumkan dia ada berjumpa dengan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, baru-baru ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Tak Kisah Suami Jadi Pelakon - “Kalau Dia Minat, Saya Tiada Masalah, Tapi..”

gempak
21/10/2024
12:55 MYT
Pelakon, Ummi Nazeera tidak menolak sekiranya suami, Dr Mohd Izzar Anwari terjun ke bidang industri seni.
Hiburan

Pevita Pearce Sah Bergelar Isteri, Pilih Ahli Perniagaan Malaysia

gempak
20/10/2024
23:50 MYT
Aktres popular Indonesia, Pevita Pearce sah bergelar isteri kepada usahawan Malaysia, Mirzan Meer.
BorakSeeni