Anzalna Dah Tahu Jantina Anak Tapi Nak Rahsiakan Dulu - "Saya Nak Beri Surprise Kepada Family!"
Amri Hassan
06/04/2022 00:55 MYT
06/04/2022 00:55 MYT
Memasuki usia kehamilan lapan bulan, pelakon cantik Anzalna Nasir masih belum bersedia untuk berkongsi jantina bayi yang dikandungnya.
BACA: "Another 'Eid' Baby! Eidrees Bakal Dapat Adik" - Anzalna Nasir Hamil 8 Bulan
Jelas Anzalna, 34, dia mahu memberikan kejutan buat keluarga dan teman rapatnya kelak.
"Alhamdulillah, kandungan sudah memasuki lapan bulan. Saya bukan nak rahsiakan tetapi ini adalah rezeki dan ia merupakan kandungan kedua saya. Bercakap mengenai jantina, semestinya saya dah tahu tapi saya rahsiakan untuk memberi ‘surprise’ kepada keluarga dan kawan rapat.
"Anak saya yang pertama, Eidrees juga pun sudah faham yang dia bakal mendapat adik. Suami pula tak bagi saya bekerja, dia mahu saya duduk di rumah tetapi saya agak degil. Selepas saya pujuk, dia memberikan kebenaran untuk saya menjayakan beberapa kempen.
"Syukur kerana selepas bertudung dan hamil anak kedua, banyak rezeki masuk. Tetapi saya memilih mengikut kesesuaian dan menerima tawaran yang benar-benar berbaloi," katanya.
Dalam perkembangan lain, Anzalna baru dilantik sebagai wajah kempen Rantaian Kasih Habib sempena sambutan Syawal tahun ini bersama ibunya, Azlina Jahaya dan pempengaruh, Erin Adlina.
"Ini merupakan kolaborasi kedua bersama Habib. Sebelum menerima tawaran ini, saya tanya dulu, betul ke nak ambil ibu hamil ni sebagai duta? Saya sangat terharu dan gembira dapat peluang ini.
"Ketika penggambaran untuk kempen ini diadakan baru-baru ini, kandungan baru memasuki lapan bulan dan saya tak rasa penat langsung kerana benar-benar ‘enjoy’ dengan koleksi mereka yang cantik-cantik," ujarnya.