HIBURAN
Anzalna Kongsi Rezeki Bantu Sebuah Keluarga ‘Shopping’ Baju Raya, Bawa Pulang Ke Rumah - “Saya Menangis Sebab Kecewa Tak Dapat Hantar Mereka Balik”
Pelakon Anzalna Nasir mencuri tumpuan warganet apabila membuat perkongsian dia membantu sebuah keluarga kecil yang kurang berkemampuan.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Anzalna memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dia membawa seorang ibu dan dua anak kecil membeli belah baju raya.
Video tersebut memaparkan ibu dan anak-anaknya teruja mencuba pakaian raya di sebuah gedung pakaian terkenal.
“Bertemu sebuah keluarga di depan Maybank Melawati, menjual kuih raya bersama anak kecil, mencari rezeki untuk menjaga emak yang sakit.
“Alhamdulillah, diberi rezeki untuk berkongsi dengan mereka bawa shopping baju raya,” kongsi Anzalna.
Lebih menyentuh, Anzalna turut membawa keluarga tersebut ke kediamannya sementara wanita tersebut menunggu suaminya menjemput pulang.
“Selepas shopping, mereka nak sambung berniaga jual kuih raya depan Maybank, tapi saya tak benarkan sebab dah nak Maghrib. Saya cakap biar saya yang beli kuih raya mereka.
“Jadi, saya ajak mereka balik ke rumah sementara tunggu suami dia datang pick up. Suruh duduk atas sofa pun tak mahu, dia segan.
“Hampir waktu berbuka, suami dia sampai untuk bawa mereka pulang. Tak sempat berbuka bersama, walaupun makanan dah terhidang, jadi saya bungkuskan makanan untuk mereka bawa pulang,” kongsinya lagi.
Di akhir pertemuan tersebut, Anzalna menangis kerana kecewa permintaanya untuk menghantar pulang keluarga tersebut dengan kereta ditolak.
“Saya tawarkan untuk hantar mereka balik naik kereta, tapi dia segan. Saya offer untuk hantar barang-barang naik Grab pun dia tetap menolak.
“Saya cuba pujuk sebab risau dia bawa anak-anak kecil dengan semua barang yang saya bagi, tapi tetap tak berjaya. Sampai ada adegan tarik barang pun, tapi dia tetap cakap tak nak menyusahkan saya.
“Menangis saya masuk rumah sebab rasa kecewa tak dapat tolong. Jangan salahkan saya please.. I've tried my best to help them.
"Apa pun, Alhamdulillah, mereka selamat sampai rumah,” kongsinya sebak.
Menjengah ke ruangan komen, ramai meluahkan rasa terharu dan sebak melihat video tersebut. Malah ramai juga berterima kasih kepada Anzalna kerana membantu mereka yang memerlukan.