Anzalna Nasir Terbuka Kongsi Kehidupan Peribadi Di Laman Sosial - “Itu Cuma 10 Peratus ..."
Asyikin Mayudin
08/08/2024 02:55 MYT
08/08/2024 02:55 MYT
Perkongsian pelakon Anzalna Nasir di laman sosial terutama mengenai kehidupan peribadinya sentiasa mendapat perhatian netizen.
Terbuka Kongsi
Menurut Anzalna, dia tidak kisah untuk berkongsi mengenai anak-anaknya kerana beranggapan peminat juga ingin mengetahui tentang kehidupan peribadinya.
“Saya tak kisah (kongsi gambar anak) sebab bagi saya, saya gembira nak berkongsi. Sebab yang ikuti saya (laman sosial) juga nak tengok kehidupan saya.
“Tapi apa-apa yang saya kongsikan itu hanyalah macam sepuluh peratus kehidupan saya. Tapi tetap saya tak kisah untuk berkongsi dengan pengikut dan peminat saya di laman sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Sayang Isteri Bukan Dengan Mengahwini Perempuan Lain,” - Anzalna
ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Sayang Isteri Bukan Dengan Mengahwini Perempuan Lain,” - Anzalna
ARTIKEL BERKAITAN: Anzalna Rayu Dana Bantu Kanak-Kanak Hidap Tumor Dalam Kepala - "Hati Siapa Tak Luluh Tengok ..."
“Sebab saya tahu, mereka ini la yang selama ini beri sokongan kepada saya dan nak tahu tentang kehidupan saya. Jadi, saya okay saja,” kata Anzalna kepada Gempak.
Rindu Berlakon
Apabila ditanya mengenai lakonan, pelakon berusia 36 tahun ini mengakui dia berasa rindu untuk kembali beraksi namun keutamannya kini masih pada keluarga.
“Insya-Allah saya mungkin akan berlakon semula pada tahun hadapan. Rindu memang rindu (lakonan) tapi sekarang macam fokus saya kepada keluarga dan perniagaan.
“Alhamdulillah, anak-anak pun dah semakin membesar. Jadi, saya rasa dah boleh kembali aktif dalam industri,” ujarnya.
Pilih Watak
Dalam pada itu, Anzalna bagaimanapun memberitahu dia perlu memilih watak yang bersesuaian selain akan menjaga batasan memandangkan kini berimej muslimah.
“Sudah tentu saya akan jaga batas dan perlu memilih watak yang bersesuaian,” katanya lagi.
Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Eidrees dan Emirhan.ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dalam Pada Puji Nyanyian Afifah Nasir, Anzalna Tetap Selit Gurauan - “Suara Sedap Boleh Diasah Dengan Pisau!”
Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Eidrees dan Emirhan.