Laman Utama

“Kalau Sayang Isteri Bukan Dengan Mengahwini Perempuan Lain,” - Anzalna

gempak
Mya Amri
22/08/2023
09:36 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Sayang Isteri Bukan Dengan Mengahwini Perempuan Lain,” - Anzalna
Pelakon, Anzalna Nasir menyuarakan pendapatnya berhujung isu poligami tular membabitkan abang Tesla.
Anzalna menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya menyataka jika seorang suami menyayangi isterinya, cukuplah dengan cara menjaga perasaan bukannya berkahwin dua.
“Hidup ini tak perlu mengharapkan lelaki! Berpoligami? Kadang perempuan nampak macam reda tapi dalam hati hanya dia sahaja yang tahu.
“Kalau sayang isteri cukuplah jaga hati dan perasaan bukan dengan mengahwini perempuan lain. Perempuan kalau dah sayang sanggup buat apa sahaja untuk yang tercinta!
“Balas lah yang sama, hargailah isteri, kerana banyak pengorbanan yang kami dah lakukan. Awas @hanif_zaki” tulisnya sambil memberi amaran kepada suaminya, Hanif Zaki.
Dalam pada itu, Anzalna juga berpesan kepada suaminya jangan sesekali memansang niat untuk beristeri dua.
“Tiba-tiba buka Album kahwin sebab nak ingatkan @hanif _zaki berapa dia spent untuk berkahwin dengan I dan betapa cantiknya I waktu kahwin sampai viral! hahahhah.
“Tak payah sibuk nak beristeri dua! I pun you tak boleh nak handle! hahahhahahahahhahhaha Emosi lah bila tengok benda viral suami tak hargai isteri!,” coretnya.
Terdahulu, Abang Tesla menerima kritikan hebat dalam kalangan netizen selepas memuat naik video yang menunjukkan isteri pertamanya bersetuju untuk dia berkahwin dua.
BACA: Abang Tesla TikTok Kahwin Lagi Satu - “Selesai Nikah Saya Terus Cari Isteri Pertama Untuk…”
BACA: Abang Tesla Minta Maaf Pada Kaum Lelaki
Ramai memberikan respon negatif terhadap tindakannya itu, dan tidak kurang ada juga yang kecewa kerana Abang Tesla menjadikan kisahnya mendirikan rumah tangga buat kali kedua sebagai kandungan media sosial.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live