Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Anzalna Teruja Kongsi Pengorbanan Jururawat Lelaki Hospital Sungai Buloh Di IG Live - "Dia Tinggalkan Keluarga Demi ..."

Amri Hassan
10/09/2021 11:06 MYT
Pelakon Anzalna Nasir teruja untuk mengadakan sesi siaran langsung Instagram bersama jururawat dari Hospital Sungai Buloh malam ini.

Kata Anzalna, dia bakal menjemput seorang frontliner yang berkorban meninggalkan keluarga demi menyelamatkan nyawa pesakit COVID-19.

"InsyaAllah saya akan berkongsi tentang kisah seorang ayah yang terpaksa berkorban meninggalkan keluarga demi menjalankan tugas sebagai frontliner.

"Saya sangat teruja dan diharapkan perkongsian bermanfaat pada malam ini dapat diambil sebagai iktibar," katanya.



Selain Anzalna, siri IG Live akan diadakan juga bersama tiga rakan selebriti antaranya Farah Nabilah dan Betty Rahmad.

Farah Nabilah akan berkongsi tajuk berkenaan Stigma, mengupas berkaitan persepsi masyarakat terhadap pesakit COVID-19.

Manakala, dalam sesi IG Live bersama Betty Rahmad pada Jumaat minggu ketiga September nanti, panel akan mengupas mengenai kepentingan vaksin dan kesihatan kanak-kanak semasa pandemik.

Dalam sesi terakhir, topik kepentingan kesihatan mental yang melibatkan emosi pelbagai isu yang dilalui masyarakat sepanjang pandemik pula akan dibincangkan.

Sesi IG Live bersama rakan selebriti itu merupakan inisiatif pelopor industri herba negara, Nona Roguy sempena program amal NR4FRIDAYS.

NR4FRIDAYS merupakan inisiatif yang bukan bersifat keuntungan dan akan memfokuskan kepada 4 siri sumbangan makanan/keperluan asas untuk petugas barisan hadapan dan 4 siri IG LIVE Amal bersama Rakan Selebriti NR.

NR4FRIDAYS dipilih kerana sumbangan ini akan dijalankan selama empat minggu mengambil keberkatan setiap hari Jumaat sepanjang bulan September ini.

Sumbangan Jumaat pertama 10 September, NR dan rakan-rakan menziarahi Hospital Sungai Buloh dan akan membuat serahan sumbangan pek makanan dan minuman, telefon tanpa wayar (cordless phone), peralatan tulis dan telefon bimbit dan sedikit peralatan keperluan asas kepada Unit ICU Hospital Sungai Buloh.

Program sumbangan akan diteruskan pada setiap Jumaat berikutnya iaitu pada 17 September, 24 Oktober dan 1 Oktober seperti yang telah dirancangkan.
#pelakon #Anzalna Nasir #Jururawat #IG Live #NR
;