Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Aoki Dah Tak Ada..." - Nabila Huda Berduka, Kucing Kesayangan Menghadap Ilahi

Ernalisa
02/10/2024 03:55 MYT
"Aoki dah tak ada... baru je... Sorry i tak boleh cakap lagi," di hujung talian, suara pelakon Nabila Huda terputus-putus dan serak ketika berkongsi khabar sedih kehilangan kucing tersayangnya, Aoki pada Selasa.


Bersulam nangis, Nabila memberitahu Aoki yang dibelanya sejak tahun 2010 itu mati selepas beberapa hari keadaan memburuk akibat masalah buah pinggang.

BERITA BERKAITAN: Polis Sahkan Sabari Dibunuh, Dicampak Ke Dalam Sungai

BERITA BERKAITAN: Gempak Most Wanted Mencari Hos Baharu, Jom Sertai Ujibakat & Ini Kriteria Yang Dicari!

BERITA BERKAITAN: Disangka OKU, Lelaki Sanggup Berlakon Kurang Upaya Untuk Raih Simpati Bila Berniaga

BERITA BERKAITAN: “Saya Masih Hormat Dia Sebagai Ayah Yang Baik & Bertanggungjawab” - Cik Epal Tak Mahu Keruhkan Keadaan

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Nabila atau nama lengkapnya Nabila Huda Suhaimi di laman Instagramnya terdahulu, dia sering menunjukkan rutin hariannya dalam menjaga pemakanan, kesihatan dan kasih sayang yang diperlukan haiwan kesayangannya.

Malah, baru saja semalam, pelakon itu berkongsi sepotong video membersihkan Aoki yang terlantar sakit.

Dalam video berkenaan juga kelihatan pelakon wanita itu dilihat sedikit gembira berbanding sebelum ini apabila melihat kucing kesayangan semakin sihat.

"She kencing semalam banyak. I Love U..Sayang dia," katanya.


Nabila terdahulu memberitahu Aoki tidak mempunyai harapan untuk pulih sepenuhnya kerana penyakit tersebut sudah berada di tahap empat.

#Nabila #Berduka #Huda #Pergi #Selamanya #Aoki
;