Penyanyi dangdut Indonesia, Cita Citata kini kembali aktif di media sosial selepas berehat seketika dari menggunakan platform tersebut.

Menerusi hantaran terbaharunya, Cita juga menjelaskan sebab utama tidak menggunakan media sosial sekaligus menepis dakwaan berkaitan dengan fitnah.

“Hi saya kembali, setelah melewati media sosial detox, saya seperti hidup normal lagi. Alasan yang pasti adalah saya berehat selepas kontrak kerja habis.

“Bukan gara-gara gosip fitnah. Saya tidak akan mengakui hal yang tidak saya lakukan kerana wanita harus punya prinsip dan harga diri.

“Percuma juga mahu membela diri, kebenaran belum tentu boleh di terima (namanya juga panggung sandiwara),” jelasnya.

A post shared by Cita (@cita_citata)

Dalam pada itu, Cita juga turut menegaskan betapa pentingnya untuk melakukan ‘detox’ di media sosial demi kebaikan diri sendiri.

“Berbalik kembali kepada topik pentingnya #socialmediadetox, melihat dari sudut pandang mataku sahaja adakalanya lupa kalau manusia sejati hidup di dunia nyata bukan maya.

“Menyadari setelah 8 tahun hidup dengan dunia maya yang apa-apa harus terlihat sempurna malah bukan jadi diri sendiri kan?

“Apa-apa tentang konten! Apa-apa algoritma! Apa-apa fikir tentang view, like dan followers. Orang zaman dulu boleh hidup tenang tanpa sosial media kenapa kita tidak?” coretnya.