Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menjadi perhatian netizen selepas berkongsi foto wajahnya tanpa sebarang solekan.

Foto terbaharu yang di muat naik di akaun Instagtam itu merakamkan Bella yang berbaring sambil tersenyum memandang kamera.

Have a good day semua. Kulit saya perlu berehat bukan saya sahaja tapi kejap lagi kena make up juga,” tulisnya di ruangan kapsyen.

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah)


Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan semulajadi isteri kepada penyanyi Alif Aziz itu.

Malah ada juga yang menyatakan Bella kelihatan muda seperti budak sekolah.

“Ingatkan budak mana tadi rupanya Bella, baby face sungguh,” coret seorang netizen.

“Comelnya macam budak-budak. Cantik pemandangan Alif Aziz di pagi hari, isteri cantik,” puji seorang netizen.

“Eloknya tak make up, bersih sangat kulitnya rupa pun macam budak sekolah,” tulis seorang lagi netizen.


BACA: Ada Netizen Puji Bella Astilah Lawa Macam Barbie, Tapi Ada Juga Yang Tegur Saiz Baju Tak Kena Dengan Tuan Empunya Badan

Sehingga kini foto tersebut menerima lebih 35,000 tanda suka.