,
Laman Utama

“Apa Dosa Pelakon Tua?”- Jalil Hamid Kecil Hati

Syafiqah Jalal
13/07/2021
14:50 MYT
Pelakon senior berpangalaman, Jalil Hamid tidak dapat menyimpan rasa kecewanya apabila beberapa kali berhadapan dengan produksi yang meletakkan nilai bayaran terlalu rendah ketika menawarkannya untuk berlakon.
Menurut Jalil Hamid, lebih buruk lagi harga yang ditawarkan lebih rendah dari pelakon yang baru setahun jagung pengalaman dalam industri seni.
"Kenapa gaji pelakon tua lagi rendah daripada gaji pelakon muda? Agaknya, kerana mereka (pelakon muda) popular atau banyak pengikut (followers Instagram)?
"Saya pernah ditawarkan kerja dengan bayaran RM150 untuk satu episod. Ia masih terngiang-ngiang dalam telinga saya sampai sekarang.
"Saya ke set penggambaran pada hari pertama, namun saya tak dapat teruskan kerja kerana rasa ini adalah satu penghinaan kepada saya," ceritanya kepada Astro Gempak.
Jalil Hamid meluahkan keluhannya ketika sesi sidang media virtual sempena drama bersiri Ayahanda, awal minggu ini.
Menurut Jalil yang turut popular dengan lagu Ayam itu sebagai pelakon senior dia rasa terpinggir dan tidak dihargai.
“Saya lihat ini satu perkara paling tak adil, ia menyebabkan pelakon-pelakon tua rasa terpinggir. Apa dosa mereka?
“Kami (pelakon senior) dah tua, diberikan bakat oleh Allah juga. Orang tua pun perlu makan dan minum serta ada tanggungan juga.
“Seperti yang semua tahu bidang lakonan ini tak ada 'pencen'. Tiada had umur,” luahnya lagi.
Ditanya mengenai ‘hero tua’ memandangkan Jalil merupakan pelakon utama bagi drama bersiri Ayahanda, dia tidak memandang ia sebagai satu isu besar.
“Istilah ‘hero tua’? Bagi saya tiada apa-apa komen. Semua orang nak jadi peneraju utama tidak kira pelakon itu tua atau muda.
“Lagiupun sejak saya muda lagi, saya sering diberikan watak lelaki tua iaitu usia 80 tahun meskipun ketika itu saya baru 30 tahun.
“Jadi saya tidak hairan, bila pengarah tawarkan watak ini saya berbesar hati untuk menerimanya.
Selain Jalil, drama bersiri Ayahanda diarahkan pengarah, Datuk Ahmad Tamimi Siregar itu turut dibintangi oleh Ogy Ahmad Daud, Fikry Ibrahim dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

Lama Tak Muncul, Penampilan Terkini Aniq Suhair Buat Peminat Teruja - “Pergh Dah Katang Badan”

gempak
21/11/2024
08:50 MYT
Pelakon Aniq Suhair mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi imej terkini di media sosialnya, baru-baru ini.
Terkini

Bakal Berlakon Walau Berkerusi Roda, Azlan Komeng Terharu Masih Terima Tawaran - "Rezeki Disusun Cantik Sangat"

gempak
21/11/2024
07:55 MYT
Pelakon Azlan Komeng bersyukur masih ada rakan industri yang sanggup menawarkan kerja kepadanya meskipun dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.
Unitar