Hiburan
"Apa Guna Saya Sibuk Jika Tak Ada Masa Untuk Anak" - Luahan Siti Sarah Buat Ramai Sebak!
Penyanyi Sarah Raisuddin akui dia kini lebih banyak menghabiskan masa bekerja berbanding meluangkan masa untuk anak-anaknya.
Perkongsian itu dibuat menerusi satu posting di Instagramnya, semalam.
Menurut Sarah, apa yang dibuatnya kini merupakan untuk masa depan anaknya.
"Ibu mengaku ibu sibuk kerja.
"Ibu kerja untuk anak, tapi ibu mengaku apa guna ibu terlalu sibuk hingga ibu tak de masa untuk anak," katanya.
Sehubungan itu, dia juga menasihatkan kepada semua ibu untuk tidak mengenepikan anak dan keluarga.
"Ya ibu-ibu semua, sibuk mana pun kita bekerja jangan sampai kita ketepikan anak.
"Kita tidak kenal mereka, apalah guna kita berkerja," katanya.
Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata netizen terharu dengan perkongsian berkenaan.
Tidak kurang juga mereka yang menganggap posting berkenaan sebagai inspirasi buat kaum ibu.
Must-Watch Video