Platform media sosial terutamanya peminat Justin Bieber kecoh sejak semalam apabila penyanyi antarabangsa itu mengumumkan tarikh baharu konsert jelajah Justice World Tour yang akan diadakan di 20 buah negara, tahun ini.

Paling menggembirakan, Bieber turut menyenaraikan persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil di ibu negara pada 22 Oktober ini.

Penyanyi kelahiran Kanada itu dijangka membuat persembahan terbuka di Jakarta, Nagoya, Osaka, Tokyo yang merangkumi 100 hari sehingga tahun 2023.

BACA: Justin Bieber Bikin Konsert Di Malaysia Oktober Ini, Harga Tiket Dijual Serendah RM288?

Namun, dalam pada ramai yang teruja dengan pengumuman itu, muncul pula perbandingan tidak ‘manis’ oleh seorang netizen.

Menerusi satu ciapan di Twitter, netizen tersebut membandingkan harga tiket Bieber dengan penyanyi rock lagenda tanah air Datuk Ramli Sarip.

Kenyataan tersebut disuarakan apabila ada seorang pengguna Twitter yang mengeluh harga tiket Bieber terlampau mahal.

Susulan itu, netizen berkenaan terus membandingkan ‘level’ Bieber dan Ramli Sarip.

“Justin kot bukan Ramli Sarip,” tulis netizen berkenaan.

Akibat daripada itu, ramai yang dilihat ‘terguris’ dengan pandangan tersebut.

Kebanyakan mereka mendakwa sanggup membayar mahal tiket Ramli Sarip memandangkan beliau seorang penyanyi yang hebat dan disegani.

“Put some respect on Ramli Sarip man! Aku sanggup bayar double untuk tiket konsert Ramli Sarip. Apa la heran sangat Justin Bieber tu. Bukannya lelaki sebenar”.

“Jangan rendah-rendahkan legenda”.

“Saya rasa agak terguris dengan tweet begini. Ramli sarip kot the poetic legend lyricist,” tulis beberapa netizen.

Sekadar info, tiket Justice World Tour dijual dengan harga bermula dari RM288 hingga RM1,088 bermula 31 Mac ini.