Pelakon Hisyam Hamid mengatasi rasa takutnya kepada laut demi menjayakan drama bersiri terbaru berjudul TQ Captain.

Hisyam berkongsi perkara terbabit menerusi salah sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

"Suruhlah lawan api ke, buat sesuatu yg melibatkan ketinggian ke, pegang ular atau haiwan apa ke, Insya-Allah boleh je.

"Tapi laut, saya kalah. Apa lagi kalau suruh terjun dari kapal di tengah laut.

"Tapi demi menjayakan projek ini, saya atasi kelemahan saya tu. So, korang kena support drama ini ok?! Akan datang," tulis Hisyam.

Suruh la lawan api ke, buat sesuatu yg melibatkan ketinggian ke, pegang ular atau haiwan apa ke, InShaAllah boleh je . Tapi laut, saya kalah. Apa lagi kalau suruh terjun dari kapal di tengah laut ? Tapi demi menjayakan projek ini, saya atasi kelemahan saya tu. So, korang kena support drama ini ok?! Akan datang #TQCaptain #APMM #MalaysiaCoastGuard

A post shared by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7) on


Di ruangan komen, rata-rata peminat Hisyam tidak sabar mahu menantikan buah tangan terbaru lakonan aktor pujaan mereka.

Bakal bersiaran di slot Megadrama tidak lama lagi, TQ Captain mendapat kerjasama Maritim Malaysia dan diinspirasikan dari novel bertajuk 'TQ Kapten' karya Qash Irdina.

Selain Hisyam, TQ Captain turut dibintangi oleh Mawar Rashid, Mark Adam, Tomok, Raf Yaakob, Natrah Khalid dan ramai lagi.

Akan datang ke Megadrama. TQ CAPTAIN . Dengan Kerjasama Maritim Malaysia & Diinspirasikan dari novel Tq Kapten karya Qash Irdina. Diarahkan oleh @khanmancung Dibarisi oleh @hisyamhamid7 @mawarashid @markadam1079 @tomokofficial @rafyaakob @natrahouhlala_khalid Dan ramai lagi pelakon hebat! #TQCAPTAIN #comingsoon #MEGADRAMA by #ariezaharieproduction #MalaysiaCoastGuard #APMM

A post shared by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7) on