“Apa Motif You Sebenarnya? Dah Nampak Diam Je” – Lana Nodin Komen Video Nampak Tatu Suami

Mya Amri
April 12, 2018 08:18 MYT
Pelakon Lana Nodin membidas teguran netizen yang mempersoalkan tentang tatu di lengan suaminya, David McKienzie.
Kata Lana, perkara itu tidak patut dipersoalkan memandangkan suaminya itu memeluk agama Islam sebelum mereka berkahwin pada tahun 2015.
Tambah Lana lagi, cara terguran yang disampaikan itu tidak bersesuaian dan hanya akan mengundang kata-kata negatif.
“Tak perlu komen, kalau nampak diamkan sahajalah. Cara you komen macam mengundang syak wasangka yang tak elok. Apa motif you komen sebenarnya?
"Dah nampak so diam je tak perlu nak bagitau dah tentu-tentu semua nampak even I sebelum upload pun I dah tau.
"You ingat I saje nak mengundang gossip tak elok tentang suami I? I upload pasal Gia Bukan pasal bapak dia punya tattoo," tulisnya.
Dalam pada itu, peminat Lana meminta supaya aktres pujaan mereka itu tidak melayan sebarang komen negatif yang diberikan.
Lana atau Mazlina Hasan Nodin dan Mohd Daud yang juga rakyat Amerika Syarikat berkahwin pada 15 Mei 2015.
Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan Gia Quinn McKienzie yang kini berusia 2 tahun.
Terdahulu, Lana telah memuat naik satu video di Instagram yang merakamkan suami dan anaknya sedang berbual.
Bagaimanapun, suaminya David atau nama Islamnya Mohd Daud McKienzie mendapat perhatian apabila video yang dirakamkan Lana itu menampakkan tatu di lengan suaminya.
Foto/Video: Instagram @lananodinmckienzie
#pelakon #Lana Nodin #Pelakon