Hiburan
“Apa Sebab Nak Perlekeh Keturunannya Pula?” - PU Syed Tampil Bersuara, Kurang Setuju Bab Isu Nama Keturunan
Penceramah bebas, PU Syed tampil bersuara mengenai isu nama Syed dan Sharifah yang menjadi perbualan hangat di media sosial.
Kenapa perlu kaitkan sampai keturunan?
Menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, PU Syed mempersoalkan mengapa perlu mengaitkan keturunan apabila berlakunya sesuatu isu.
“Dalam isu penyanyi ini, beliau dipenjara asbab perbuatan yang disabitkan dan yang dia telah dilakukan.
“Maka dia telah mula menerima hukumannya. Lalu apa sebab kita nak perlekeh keturunannya pula?
“Jika anak yang buat salah, adakah bapa dan datuknya juga perlu disalahkan setelah segala tunjuk ajar telah diberikan?
“Kita semua kena ambil ibrah dari kes ini agar kita mampu menjaga diri dan juga orang-orang yang kita sayang dari melakukan hal yang sama,” tulisnya.
Jangan kaitkan dengan keturunan
Advertisement
Tegas PU Syed, Islam mengajar manusia mengeji perbuatan dosa dan maksiat bukan membenci tubuh apatah lagi keturunan si pelaku maksiat.
“Islam mengajar kita mengeji dan membenci perbuatan dosa dan maksiat bukan membenci batang tubuh apatah lagi keturunan si pelaku maksiat.
“Beliau bukan pendakwah walaupun lahir dari program dakwah. Beliau lebih aktif dalam bidang nyayian. Maka layak dia digelar penyanyi.
“Kefasihan berbahasa dan menyanyi lirik arab pasar "ammiyah" bukan lesen untuk dianggap ustaz. Maka buanglah title pendakwah darinya dalam mana-mana kenyataan kita.
“Lagi satu Allah tak pandang title kita apa, namun yang dipandang adalah taqwa dan amalan kita. Selari dengan perintah Allah dan laranganNya atau sebaliknya,” tegasnya.
Bagaimanapun, hantaran yang dimuat naik PU Syed itu tidak menyebut mana-mana individu.
Namun menerusi ruangan komen, rata-rata netizen seolah-olah sudah boleh mengagak siapa gerangan individu itu dan ‘memetik’ nama Da’i Syed.
Terdahulu, nama Da’i Syed dan isterinya menjadi perhatian apabila tular sepotong video memaparkan Hana sedang memberikan pendapat mengenai mereka yang berketurunan Syed dan Sharifah.
Pandangan itu diberikan dmenerusi satu sesi siaran langsung di media sosial.
Menerusi potongan video yang dimuat naik @Cikgu_Anep di aplikasi X, Hana meminta orang ramai untuk menegur mereka yang berkenaan dengan baik sekiranya melakukan kesilapan.
ARTIKEL BERKAITAN:Peguam Asiah Abd Jalil Beri Pandangan Mengenai Kes Da’i Syed - “Saya Rasa Dia Memang Bernasib Malang Kerana…”
ARTIKEL BERKAITAN:Da’i Fuad Bidas Dakwaan Baby Shima, Siap Tunjuk Bukti Dah Tegur Da’i Syed - “Saya Tak Menegur Dalam Keadaan Berkiblatkan Mana Kawan, Mana Lawan”
ARTIKEL BERKAITAN:Tular Video Da’i Syed Betulkan Tudung Isteri Sambil Tersenyum, Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Buatlah Pilihan Terbaik Selepas Ini, Nak Stay Atau…”
ARTIKEL BERKAITAN:Pesanan Da’i Syed Dekat Mangsa R*gol Kembali Tular, Netizen Anggap Mesej Disampaikan Tak Sensitif - “Gila Betul…”
ARTIKEL BERKAITAN:Kes Rogol: "Tindakan Da'i Syed Tidak Dapat Diterima Akal" - Hakim
Menurut Hana, mereka yang berketurunan Syed dan Sharifah ini perlu ditegur dengan baik kerana mempunyai darah keturunan Nabi Muhammad SAW.
Syed telah mendirikan rumah tangga Hana yang juga merupakan pengacara pada Disember 2022.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata pertama pada 14 Ogos yang lalu.
Untuk info, Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Syaiful dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.
Must-Watch Video