Hiburan

"Apa Sebenarnya Yang Allah Nak Tunjuk Kepada Saya..." - Nookhiriah Masih Tak Percaya Dengan....

gempak
Hanafis Haris
19/10/2019
17:34 MYT
Sponsor Banner
"Apa Sebenarnya Yang Allah Nak Tunjuk Kepada Saya..." - Nookhiriah Masih Tak Percaya Dengan....
Biarpun bergelar naib juara dalam final All Stars Buka Panggung (ASBP) yang berlangsung semalam, pelakon Noorkhiriah masih merasakan dirinya tidak layak untuk berada di tempat itu.
Menurut Noorkhirah, dia masih lagi dalam keadaan tidak percaya kerana berdasarkan sokongan peminat, dia dilihat agak ketinggalan jauh.
"Terus terang saya baru saja ada kelab peminat beberapa bulan lalu. Itu pun ada 59 orang je waktu tu.
"Jadi bila masuk ASBP ni saya jadi takut, siapa nak sokong nanti," katanya.
Menurutnya, walaupun dihimpit rasa bimbang dan takut, namun dia masih bersyukur kerana Tuhan mempermudahkan perjalanannya menyertai ASBP.
"Saya rasa macam magic! Nak masuk separuh akhir pun saya tak sangka, inikan pula ke peringkat final dan sekarang saya jadi naib juara pula.
"Ya Allah, apa sebenarnya yang Kau nak tunjuk ni, Ya Allah?
"Alhamdulillah, kelab peminat saya kini sudah pun mencecah 300 orang. Semua itu rezeki dan saya amat bersyukur," katanya.
Noorkhiriah berkata demikian ketika majlis sidang media ASBP di Royal Theatre Shah Alam, semalam.
Untuk rekod, pelakon Zul Huzaimy dinobatkan sebagai juara bagi program All Stars Buka Panggung (ASBP) musim pertama sekali sekali gus membawa pulang hadiah paling lumayan berupa wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.
Nookhiriah pula berada di tempat kedua dengan dengan hadiah bernilai RM25,000 berserta trofi.
Tempat ketiga dan keempat pula milik Datuk Aaron Aziz dan Rita Rudaini masing-masing membawa RM 10,000 dan RM 5,000 berserta trofi.
BACA: Zul Huzaimy Juara All Stars Buka Panggung, Bawa Pulang RM50,000
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live