Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Apa Yang Boleh Saya Buat?” - Zul Komen Isu Zahirah, Kamal & Emma

Mya Amri
03/11/2017 17:10 MYT
Pelakon filem Tombiruo: Penunggu Rimba, Zul Ariffin, 31, enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi yang berlaku antara kekasihnya, Zahirah Macwilson yang didakwa menjadi orang ketiga dalam percintaan Emma Maembong dan Kamal Adli.

“Saya tak tahu. Apa yang boleh saya buat? Satu soalan yang saya ingin tanyakan kepada mereka bertiga. Apa yang anda semua sudah buat? Ini semua untuk apa?

“Adakah perkara ini terjadi untuk mengeratkan silaturrahim? Adakah perkara ini terjadi untuk mempromosikan drama atau ada sebab-sebab lain? Saya sendiri tak pasti,” kata Zul.

Ketika ditanyakan mengenai status hubungan cintanya bersama Zahirah, Zul mempunyai jawapan tersendiri.

“Status saya sekarang ialah saya tak mahu terlibat dengan sebarang drama. Kalau saya okay pun, apa yang boleh saya buat? Saya tak okay pun, apa yang boleh saya lakukan?

“Bagi saya, jika perkara itu benar-benar terjadi atau sebaliknya, saya kena terima dan ‘move on’. Tiada perkara lain yang boleh saya lakukan,” katanya yang ditemui di Anugerah Skrin 2017 sebentar tadi.

Tambah Zul, perkara yang terjadi sedikit sebanyak mengganggu perjalanan kariernya.

“Perkara yang terjadi ini sedikit sebanyak mengganggu perjalan karier saya yang sedang berada dalam tempoh promosi filem serta drama dan ia tidak bagus.

“Kepada mereka bertiga, terima kasih banyak-banyak. Untuk saya pula, saya akan terus ‘move forward’ dan meneruskan kerjaya,” katanya mengakhiri perbualan.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
#pelakon #Zul Ariffin #Pelakon #ASK2017
;