"Apa Yang Jadi Biarlah, Saya Nak Buka Buku Baru"- Zara Zya Nasihat Jangan Ada Sampai Seribu Kawan

ZULHILMI JALIL
Disember 20, 2019 01:25 MYT
Pelakon Zara Zya mengakui bahawa dia terpaksa berdepan dengan pelbagai cerita yang kurang senang mengaitkan dirinya sejak kebelakangan ini.
Begitupun, Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 34, berkata, dia menganggap apa yang terjadi semua pasti mempunyai hikmah tersendiri.
"Sejak akhir-akhir ini macam-macam cerita keluar pasal saya. Ya lah, saya pun tak boleh nak kawal apa yang orang nak cakap pasal saya. Saya percaya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.
"Saya bersyukur sangat-sangat sebab tak putus-putus peminat, keluarga dan kawan-kawan bagi kata semangat menyokong dan doakan yang terbaik untuk saya," luahnya menerusi perkongsian satu entri di Instagram miliknya.
Dalam entri tersebut, Zara berkongsi video yang memaparkan seorang rakannya dari Jepun yang datang ke negara ini demi memberi semangat kepadanya.
"Yang peluk saya sekarang ni, kawan saya dari Jepun. Sanggup datang sini semata-mata nak jumpa dan bagi semangat kat saya. @hickeymic.
"Nasihat saya, berkawan jangan seribu. Tolong kecilkan circle anda. Kawan boleh jadi lawan," katanya.
Menjelang kehadiran tahun baru, pelakon drama Monalisa itu memberitahu dia enggan menoleh ke belakang lagi, sebaliknya dia mahu terus fokus pada diri.
"Apa yang jadi biarlah. Saya nak buka buku baru dan jadikan tahun 2020 sebagai tahun cemerlang untuk bisnes dan juga karier.
"Saya harap sokongan semua untuk bagi saya lebih kuat dan tabah untuk harungi cabaran seterusnya," pintanya.
Terdahulu, Zara terpalit dengan kontroversi penyebaran video yang memaparkan paparan mesej perbualan yang mendakwa dirinya bersama individu lain.
BACA: "Dia Bekas Tunang Dan Kami Tiada Kaitan Lagi" - Hafreez Enggan Komen Isu Penyebaran Video Mesej Perbualan Zara Zya
Sebelum itu, nama Zara turut menjadi tumpuan apabila ikatan pertunangannya dengan pelakon Hafreez Adam pada Oktober lalu dilaporkan terlerai selepas sebulan bersama.
BACA: Zara Zya Nafi Putus Tunang Kerana Ada Hubungan Dengan Wanita
#pelakon #Zara Zya #Pelakon