Hiburan
Apabila Erma Fatima Jadi Pembantu Rumah Che Ta...Kelakarnya!
Pengarah, penerbit dan pelakon Erma Fatima berkongsi sebuah video menghidangkan minuman buat aktres Rozita Che Wan (Che Ta).
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Erma bergurau mengatakan dia menjadi pembantu rumah Che Ta memandangkan pakaian yang dipakainya ketika itu hampir menyamai pakaian seorang pembantu rumah.
"Alang-alang baju dah macam pembantu rumah maka aku terus jadi pembantu rumah Che Ta sajalah.
"Jangan Marah ya saya lagi ngetest suami puan aja," tulis Erma sebagai kapsyen.
Dalam video itu, Erma mengidangkan minuman sambil bertutur dalam Bahasa Indonesia bersama Che Ta.
Rata-rata pengikut Erma berasa terhibur melihat gelagatnya bersama Che Ta itu.
Sedikit info mengenai Erma, Kakak kepada pelakon Umie Aida ini mula bergiat di industri hiburan tempatan pada tahun 1987 dan berjaya mengekalkan namanya sehingga kini.
Must-Watch Video